Najib - Jangan Marah Peminjam PTPTN – EscaBytes
Connect with us

Politik

Najib – Jangan Marah Peminjam PTPTN

Published

on

Share the News!

Najib Strikes Back!!! Macam filem Star Wars pulak bunyinya. Baru-baru ini, Datuk Seri Najib Razak mengingatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) supaya tidak memarahi peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kerana tidak melangsaikan hutang.

Katanya peminjam sudah dihasut selama 10 tahun oleh Pakatan Harapan (PH) untuk tidak membayar balik pinjaman. Tapi lain pula jadinya. Kini, peminjam pula dimarahi dan dilabel sebagai tidak amanah.




Pada masa sama, Bekas Perdana Menteri menasihatkan peminjam supaya membayar hutang pendidikan masing-masing mengikut kemampuan. Hal ini kerana akibat langkah kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang populis dan tidak bijak, kerajaan sedang mengalami tekanan fiskal yang teruk.

Najib memberitahu peminjam PTPTN tidak sepatutnya dimarah sebagai tidak amanah, memalukan bangsa sendiri dan kini dimarah supaya mengabaikan janji manifesto PH. Apa yang peminjam mahu hanyalah PH untuk tunaikan janji mereka.

Najib

“Sudah jatuh ditimpa tangga,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasminya baru-baru ini.

“Kerajaan sudah kehilangan hasil sebanyak RM40 bilion setiap tahun selepas pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), melaksanakan semula subsidi pukal dan mengalami ketirisan dalam pengutipan cukai korporat dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST),” katanya.




Sebelum ini, Kementerian Pendidikan pimpinan Barisan Nasional telah meminta pihak tertentu terutamanya pembangkang supaya tidak mengaitkan isu hutang PTPTN dengan manifesto PH ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Menterinya, Dr Maszlee Malik tanpa segan silu meminta setiap peminjam perlu berusaha untuk melunaskan hutang berkenaan kerana ia dituntut di dalam Islam.

Najib

Kau yang tak bayar PTPTN tu gelak apa? Bayar laaa.. menteri suruh bayar tu. Pergi Krabi ada duit, bayar PTPTN macam2 alasan. Hutang mesti la kena bayar.

 

Lihat juga berita berkaitan penggunaan straw yang akan diharamkan tidak lama lagi disini.




Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply