Politik
Najib Razak Salah Kutipan PTPTN Berkurang?

Najib Razak pertahankan tindakannya melanjutkan tempoh bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) daripada enam bulan selepas bekerja kepada setahun.
Diluluskan Dalam Bajet 2018
Menurut beliau, dasar itu diluluskannya sendiri dalam Bajet 2018, namun bertanya apakah satu kesalahan seperti dibangkitkan timbalan menteri Pakatan Harapan (PH)?
Langkah kerajaan dibawah pimpinan beliau dulu itu adalah untuk membantu golongan belia mendapat pekerjaan sebelum melangsaikan pinjaman mereka.
Najib merujuk kepada isu kekurangan kutipan bayaran balik pinjaman PTPTN didedahkan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Salahkah Saya Buat Begitu?
“Dia (Nie Ching) salahkan saya kerana ada pelajar tidak bayar balik seawal enam bulan selepas tamat pengajian. Ya betul, saya mengaku. Saya yang luluskan dasar di mana bulan ke-13 selepas tamat belajar, barulah pelajar mula bayar pinjaman.
“Salahkah saya buat begitu? Nak bantu belia kita pun tak boleh? Jika ini salah Najib, saya terimalah,”
Insan bernama Najib Razak ni memang dilahirkan untuk bersalah dalam semua perkara ke ye? Admin tanya je…
Janji Nak Mansuh Tapi Saya Pulak Kena
Bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu secara sinis mempersoal mengapa PH berkira mengenai pinjaman PTPTN yang sebelum ini dicadang untuk dihapuskan.
“Ada siapa boleh bantu saya jelaskan apa dia (Nie Ching) kata? Berkira pula dia pasal duit PTPTN sekarang.
“Mereka yang janji mansuh PTPTN dan hasut pelajar jangan bayar, tapi saya pulak yang kena? Mereka semua yang selesa di Putrajaya buat apa untuk bantu pelajar-pelajar ini?” soalnya dalam catatan di Facebook, rasminya hari ini.
Nie Ching, dalam jawapan kepada soalan tambahan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin di Dewan Rakyat semalam menafikan penurunan kadar kutipan bayaran balik pinjaman PTPTN berpunca tindakan mengeluarkan nama peminjam yang disenaraihitamkan, Jun lalu.
Salah Kerajaan BN
Menurut Nie Ching, kekurangan kutipan balik dana itu sebaliknya disebabkan kerajaan BN memanjangkan tempoh bayaran balik pinjaman dari enam bulan selepas bekerja kepada setahun. Pulak dah??
PH dalam manifesto 10 janji 100 hari sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) menawarkan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN untuk golongan peminjam yang berpendapatan kecil kurang daripada RM4,000 sebulan.
Saja je admin nak ulas sikit, bukan sebelum ni korang (PH) ke yang janji nak mansuhkan bayaran balik PTPTPN ni? Sekarang lain pulak jadinya…sudah2 la tu.. Move on la dengan si Jibby ni…Rakyat tuntut janji je, bukan nak dengar alasan-alasan korg yang tak habis2 nak salahkan kerajaan dulu….
Warga Asing ‘Cilok’ Telefon Bimbit Sekelip Mata. Berita penuh disini.

You must be logged in to post a comment Login