Perniagaan
Nazir Razak Letak Jawatan Disember 2018

Nazir Razak akan letak jawatan sebagai Pengerusi CIMB Group Holdings Berhad (CIMB Group) dan jawatan-jawatan lain 31 Disember 2018. Adik kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ini telah berkhidmat dengan CIMB sejak 29 tahun yang lepas bermula 1989. Ia termasuk semasa beliau memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) iaitu selama 15 tahun.
Menurut Nazir Razak dalam satu kenyataan hari ini, Lembaga Pengarah CIMB akan melancarkan pelan penggantian bagi menentukan siapa akan pegang jawatan tersebut serta tarikh penyerahan tugas.
Lihat juga Muhammad Shafee Tetap Teruskan Pembelaan Najib Razak
CIMB berkembang pesat bermula dengan francais kewangan korporat, menjadi bank pelaburan utama Malaysia, seterusnya menjadi bank universal utama di ASEAN.
Kumpulan perbankan itu disenaraikan pada 2003 dengan aset RM9.6 bilion dan permodalan pasaran RM1.5 bilion. Setakat 30 Jun 2018, aset kumpulan tersebut berjumlah RM515 bilion, dengan permodalan pasarannya ketika ini berjumlah RM58 bilion.
Mengulas mengenainya, Nazir berkata, adalah sukar untuk mencari masa terbaik bagi meninggalkan CIMB, tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lewat, namun sentiasa meletakkan kepentingan syarikat itu di fikiran.
Lihat juga Najib – Jangan Marah Peminjam PTPTN
“Sejak beberapa minggu lalu, saya telah mengambil masa untuk memikirkannya dan membuat keputusan inilah masa paling sesuai untuk pergi apabila pelan penyusunan semula empat tahun CIMB yang dilancarkan pada 2014, T18 selesai. Tambahan pula, misi kerjaya saya adalah untuk membina CIMB menjadi institusi kewangan utama ASEAN.
“Pada 2014, CIMB melaksanakan peralihan CEO pertama sebagai bank universal dan memulakan T18 bagi mengukuhkan struktur, proses selain semak dan imbang sebuah organisasi yang dibina pantas bagi transformasi serta pengembangan serantau. Ketika T18 semakin hampir tamat, CIMB kini kukuh dari segi kewangan, mantap dari segi organisasi dan teguh dari segi institusi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Nazir Razak juga memuat naik gambar di Instagram miliknya menjelaskan perletakan jawatannya.
Trivia mengenai Dato Seri Nazir Razak:
Tarikh Lahir: 19 November 1966
Keturunan: Bugis
Isteri: Dato ‘Azlina Aziz (anak perempuan kepada Tan Sri Aziz Taha, bekas gabenor Bank Negara Malaysia)
Anak: 2 orang
Sekolah: St. John Institution, Sekolah Alice Smith, Oundle School di United Kingdom
Universiti: Sarjana Muda Sains dalam Ekonomi dan Politik, University of Bristol. Master of Philosophy dalam Ekonomi Pembangunan dari University of Cambridge. Fellow Chevening di Pusat Oxford untuk Pengajian Islam
Sumber
Utusan Online
Astro Awani
Wikipedia

You must be logged in to post a comment Login