Neelofa Menginap Villa Bawah Laut RM200K Semalam – EscaBytes
Connect with us

Destinasi

Neelofa Menginap Villa Bawah Laut RM200K Semalam

Published

on

Neelofa

Ramai netizen telah sedia maklum pelakon dan pengacara cantik, Neelofa kini sedang bercuti di Maldives. Paling mendapat perhatian ialah apabila ramai yang terpegun dengan kecantikan bilik hotel yang dimuat naik oleh Neelofa. Apa yang menarik perhatian netizen ialah bukan hotel-hotel biasa yang menjadi lokasi penginapan Neelofa tetapi di The Muraka yang terletak di Conrad Maldives Rangali Resort. Murah ka??

 

View this post on Instagram

 

Airport style when in Maldives!

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

Bila admin check harga bilik tersebut buat admin termenung sekejap sambil bukak dompet. Harganya bernilai hampir USD50,000 (±RM208,000) untuk satu malam SAHAJA!!!. Villa dua tingkat tersebut dilengkapi dengan reka bentuk moden dengan teknologi hebat yang membolehkan penginap bilik tersebut untuk menikmati pemandangan laut di tingkat atas dan pemandangan dasar laut di tingkat bawah.

 

View this post on Instagram

 

Take your mind off things, relax and unwind at The Muraka #themuraka

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on


Villa ini juga dikenali sebagai penginapan pertama di dunia yang menawarkan pemandangan dasar laut di dalam ruang tidur. Jadi tidak hairanlah mengapa harga bilik tersebut boleh mencecah harga RM200,000 untuk satu malam. Buat pengikut Neelofa yang ramai di Instagram (5.7 juta), ianya satu exposure yang baik untuk villa berkenaan kerana kini ramai yang telah mengetahui tentang kewujudan villa The Muraka ini.




Mungkin anda boleh mula menabung dari sekarang untuk merasai sendiri pengalaman tidur bersama hidupan laut di sini. Atau dengan harga berkenaan boleh beli sebuah rumah di Malaysia. Tepuk dada tanya selera.

Dibawah ini admin share sikit info mengenai villa mewah ini. InshaAllah korang pun boleh datang bawa yang tersayang bercuti disini. Jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk terus bekerja kuat mencari rezeki…

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.