Jutawan Jepun: Orang Pertama Beli Tiket Melancong ke Bulan – EscaBytes
Connect with us

Semasa

Jutawan Jepun: Orang Pertama Beli Tiket Melancong ke Bulan

Published

on

yusaku-maezawa

Seorang Jutawan Jepun bersedia untuk memulakan pelayaran mengelilingi bulan. Berita ini diumumkan sendiri oleh Ketua Pengarah Eksekutif atau CEO SpaceX, Elon Musk. Yusaku Maezawa bakal menjadi manusia pertama di dunia untuk melancong ke bulan dan angkasa lepas.

Yusaku-Maezawa-Instagram

“Akhirnya, saya dapat memberitahu anda bahawa saya memilih untuk pergi ke bulan!”, kata Yusaku Maezawa pada sidang akhbar di ibu pejabat SpaceX di pinggir Los Angeles.




Namun, penerbangan Yusaku Maezawa ini bukanlah dalam masa terdekat. Paling cepat beliau akan ke bulan adalah pada tahun 2023. Ini kerana roket yang akan membawa Yusaku ini belum lagi dibina.

Siapakah Yusaku Maezawa?

Yusaku Maezawa yang berumur 42 tahun ini tinggal di Chiba, Jepun. Beliau adalah seorang jutawan sejak umur pertengahan 30-an dengan mengumpul kekayaan melalui industri penjualan dalam talian. Beliau memulakan gergasi e-dagang Jepun pada tahun 1998 dengan membuka kedai fesyen dalam talian, Zozotown yang menjadi popular pada tahun 2004. Menurut Forbes, Yusaku Maezawa adalah orang ke-18 terkaya Jepun dengan kekayaan USD2.9billion atau RM12billion.

BFR-2018

Beliau adalah pengumpul barangan seni yang kental. Pada tahun 2016, beliau kerugian hampir USD100juta atau RM413juta semasa melakukan bidaan di lelongan seni di New York. Pembeliannya yang paling mahal adalah hasil kerja seni oleh Jean-Michel Basquiat bernilai USD110.5juta atau RM457juta.

Pakej melancong Yusaku Maezawa?

Yusaku Maezawa bukan melancong ke bulan berseorangan. Beliau merancang untuk menjemput 6-8 artis untuk menyertai beliau dalam perjalanan itu. Ia adalah sebahagian daripada sebuah projek bernama Dear Moon, yang dilancarkan secara dalam talian sejurus selepas perjalanannya diumumkan.




spacex-10

“Para artis ini akan diminta membuat sesuatu selepas mereka kembali ke Bumi, dan karya-karya ini akan memberi inspirasi kepada impian dalam diri kita semua,” katanya pada sidang media. Beliau berkata beliau mahukan para artis ini untuk melihat bulan secara dekat, melihat bumi secara penuh, dan mencipta hasil (kerja seni) yang dapat mencerminkan pengalaman mereka.”

Berapakah kos Yusaku Maezawa untuk melancong dengan SpaceX?

Kos masih belum diketahui. Yusaku Maezawa juga tidak mendedahkan harga perjalanannya itu. Menurut Elon Musk ia akan menelan perbelanjaan wang yang banyak. Artis jemputan Yusaku yang akan bersama beliau akan ditaja dan percuma.

Apakah rentetan daripada tempahan SpaceX oleh Yusaku Maeza?

Ia merupakan rangsangan besar untuk SpaceX dan Elon Musk. SpaceX masih berusaha untuk membina Big Falcon Rocket (BFR) setinggi 387 kaki yang dirancang untuk digunakan untuk penerbangan bulan. Elon Musk berkata kos perbelanjaan Maezawa adalah sangat besar. Material yang digunakan mungkin boleh mencecah sebanyak USD5billion atau RM20.6billion.

Bulan sudah lama tidak dijejaki manusia. Paling akhir adalah padan tahun 1972 melalui misi Apollo oleh NASA. Cita-cita Elon Musk dikatakan melampaui satelit lunar dan menyimpan harapan untuk membantu manusia ke planet ke Marikh juga. Elon Musk percaya ia penting bagi manusia untuk menjadi spesies yang boleh hidup di planet lain dan pelancongan angkasa lepas boleh membantu membiayai visi tersebut.




Pengumuman ini menggembira Elon Musk kerana sejak akhir-akhir ini beliau telah dikritik dengan hebat. Beliau melalui saat-saat sukar mempertahankan syarikat utamanya yang, Tesla – syarikat pembuatan kereta elektrik Tesla. Selain itu, beliau disaman oleh seorang penyelam gua Thailand kerana dikatakan Elon Musk menuduhnya seorang pedofil tanpa sebarang bukti.

Adakah misi ini akan berjaya? Ilmu tuhan sangat luas dan tidak menyekat manusia untuk membina tamadun yang lebih hebat. Pendedahan yang kurang mengenai angkasa lepas membuatkan kita selalu tertanya-tanya tentang kewujudannya. Admin teringin nak pergi Marikh macam cerita ‘The Martian’ lakonan Matt Damon. Tak tahu sempat ke tidak.

Sumber dari Time

Lihat juga HATYAI : Destinasi Percutian Keluarga Yang Menyeronokkan




Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *