Pasang Khemah Kahwin Tanpa Kebenaran Boleh Didenda – EscaBytes
Connect with us

Gaya Hidup

Pasang Khemah Kahwin Tanpa Kebenaran Boleh Didenda

Published

on

khemah

Khemah selalunya akan dipasang di hadapan atau berhampiran rumah apabila ingin mengadakan sesuatu majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, kematian dan sebagainya. Ia bertujuan bagi menampung kehadiran tetamu yang diundang kelak.

Walau bagaimanapun, sejauh mana pengetahuan dan kesedaran kita samada khemah yang dipasang di hadapan rumah untuk sesuatu majlis sehingga menghalang lalu lintas itu dibenarkan atau tidak?




Pasang Khemah Tidak Dibenarkan!!

Jawapannya TIDAK DIBENARKAN! Mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, di bawah Seksyen 46(1)(a), sesiapa yang membina, menegakkan, mendirikan atau menyenggara sesuatu tembok, pagar, susur, tiang atau apa-apa himpunan sesuatu benda, atau halangan lain, di mana-mana tempat awam boleh ditangkap tanpa waran oleh pihak berkuasa tempatan.

Apabila dibicarakan di mahkamah, pesalah boleh dikenakan denda RM500 pada kesalahan pertama manakala RM1000 pada kesalahan seterusnya. Jadi, lepas ini kenalah minta surat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan sebelum pasang khemah untuk sebarang majlis yang menghalang lalu lintas.

Tanak Pokok Pun Tak Boleh

Bukan itu sahaja, pokok tidak boleh ditanam dalam lingkungan dua belas kaki daripada jalan melainkan mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan. Hal ini termaktub di bawah seksyen 38 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Bagi sesiapa yang tetap berdegil, mereka boleh dikenakan denda RM500 dan pokok tersebut akan ditebang.

Tetapi jika ada pokok buah-buahan dan ianya telah ditanam sebelum jalan atau lorong belakang itu dicadang bagi suatu jalan atau lorong belakang, pihak berkuasa tempatan hendaklah memberi suatu pampasan sebanyak yang patut tidak melebihi lima puluh ringgit kepada tuannya. Oleh itu, sebelum pasang hajat nak tanam pokok, fikir-fikirlah dahulu agar kita sentiasa menjadi ahli negara yang sentiasa mematuhi peraturan yang sedia ada.




Sumber: Akta 133 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974

Lihat juga berita mengenai Pakatan Harapan Sudah Lemah! – Pakar disini

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *