Pemandu Teksi Ditumbuk Penumpang – EscaBytes
Connect with us

Semasa

Pemandu Teksi Ditumbuk Penumpang

Published

on

Dek kerana tidak memulangkan baki wang mencukupi, seorang pemandu teksi dan penumpangnya bertumbuk di Singapura. Kejadian itu berlaku pada 14 November lalu yang berlaku di tepi jalan pada jam 8.35 malam waktu tempatan.

Stomp, sebuah laman web berita tempatan, melaporkan pada Isnin lalu bahawa seorang pembaca menghantar video kejadian kepada mereka.




Elak Tumbukan

pemandu teksi

Penumpang mengelak tumbukan pemandu teksi lalu membalas tumbukan tersebut sehingga tersandar pemandu teksi ke keretanya

Rakaman video itu menunjukkan seorang lelaki memakai baju kolar putih difahamkan pemandu teksi terbabit menumbuk seorang lelaki berkemeja-T putih dipercayai penumpangnya. Lelaki itu berjaya mengelak tumbukan itu dan melepaskan tumbukan balas kepada pemandu teksi itu. Nahh kau tersandar terus kat kereta!!! Seorang lelaki memakai baju kemeja-T berwarna hitam telah datang bagi meleraikan pergaduhan mereka.

Baki Wang Tak Cukup

Menurut Stomp, pergaduhan itu berpunca daripada baki wang yang tidak cukup. Penumpang teksi dilaporkan memberi wang kertas S$10 (RM30.50) sebagai membayar caj lebih sedikit daripada S$8 (RM24.40). Penumpang itu kemudian menerima balik baki lebih S$1 (RM3.05).

Walau bagaimanapun, dia tidak puas hati kerana menganggap sepatutnya menerima S$2 (RM6.10). Ini menyebabkan pemandu teksi berkata sesuatu kepadanya yang mencetuskan pergaduhan itu.

Janganlah Menipu

Difahamkan penumpang itu mengalami luka di bawah mata kirinya. Bagaimanapun, kecederaan disebabkan pergaduhan seperti itu tidak menyebabkan tangkapan dilakukan. Tetapi, jika ada pihak yang tidak puas hati, dia boleh kemuka aduan kepada majistret. Kepada abang teksi, semoga isu ini dijadikan tauladan dan perbaiki kelemahan yang ada kerana ia salah satu faktor kenapa penumpang lebih suka pilih perkhidmatan e-Hailing yang lain.




Kredit video: Stomp

 

Lihat juga berita mengenai VIRAL: Permohonan Maaf Edi Rejang (Isu Promoter Arak)

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.