Penyokong Skuad Penyu Kecewa Tiket Terhad – EscaBytes
Connect with us

Sukan

Penyokong Skuad Penyu Kecewa Tiket Terhad

Published

on

Bahang final Piala Malaysia kian terasa!! Lebih 5,000 penyokong skuad Penyu membanjiri pekarangan Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah (SSINS) seawal jam 6 pagi tadi. Tujuannya hati satu, beli tiket bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia, Sabtu ini.

Diperuntukkan 30,000 Keping Tapi….

Keadaan di hadapan kaunter tiket sesak berikutan peminat bola sepak tidak mahu terlepas peluang membeli tiket yang hanya diperuntukkan sebanyak 2,000 keping.




Kebanyakan penyokong skuad Penyu yang menyatakan rasa tidak puas hati kerana Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) hanya menyediakan 2,000 tiket sedangkan jumlah diperuntukkan untuk negeri 30,000 keping.

Mohd Othman Omar, 35, yang merupakan peminat tegar pasukan bola sepak Terengganu berkata jumlah tiket yang dijual di kaunter adalah terhad menyebabkan dia tidak menaruh harapan tinggi untuk membelinya.

Tempah Van Tapi Dipulangkan Semula Wang

Mohd Othman juga memberitahu dia telah menempah van untuk ke Shah Alam bagi menyaksikan perlawan final itu. Namun pemilik van tersebut terpaksa pulangkan semula wang kerana bimbang tiket tidak mencukupi.

“Saya sudah tempah van untuk ke Shah Alam tetapi dipulangkan semula wang tempahan itu oleh pemilik van kerana bimbang tiket tidak mencukupi”

“Kerana terlalu berharap untuk menyaksikan perlawanan akhir, saya sanggup datang ke kaunter seawal jam 6.30 pagi,” 

“Tujuh tahun saya menantikan kejayaan Terengganu ke pentas akhir tetapi terpaksa berhadapan dengan masalah ini dan harapan ke Shah Alam menjadi samar”

“Saya harap PBSNT lebih telus dalam penjualan tiket supaya semua peminat berpeluang mendapatkan tiket,”  

Dia telah ditemui di kaunter tiket dekat SSINS di sini, hari ini. Rakannya, Khairul Ahmad, 27, dari Kampung Kijing berkata, sepatutnya penjualan tiket itu dijalankan di dua kaunter.




“Apabila hanya satu kaunter dibuka dengan jumlah tiket terhad, risiko untuk berlakunya pergaduhan. Sepatutnya PBSNT memberi kemudahan kepada penyokong bukan menyusahkan,”

Bertabahlah ya…Memang selalu jadi cmni. Sembang ade puluh-puluh ribu tiket tapi bila pegi kaunter cuma ada beberapa kerat yang jual. Mana lapergi agak-agaknya baki tiket yang lain tu?

 

Hafizh Raih Kedudukan 10 Terbaik GP Jepun. Baca berita penuh disini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *