VIRAL: Permohonan Maaf Edi Rejang (Isu Promoter Arak) – EscaBytes
Connect with us

Semasa

VIRAL: Permohonan Maaf Edi Rejang (Isu Promoter Arak)

Published

on

permohonan maaf edi rejang
Share the News!

Selepas tular di media sosial, seorang lelaki yang dinamakan sebagai Edi Rejang telah secara terbuka membuat permohonan maaf. Sebelum ini viral mengenai isu pemuda ini yang menghamburkan kata-kata kesat dan memberikan isyarat lucah keatas seorang gadis promoter sebuah jenama arak di Giant Ampang Point, Selangor. Video yang berdurasi kurang satu minit itu telah dimuatnaik ke laman Facebook miliknya.

Rata-rata netizen menyelar tindakan Edi Rejang ini yang dikatakan racist dan tidak kena pada tempatnya. Kejadian berlaku dibahagian barangan tidak halal dan tidak sepatutnya pemuda ini masuk dan membuat perbuatan yang berbaur penghinaan.




Edi Rejang tampil didalam laman Youtube yang dipercayai akaun miliknya untuk membuat permohonan maaf diatas kesilapannya itu.

Selain daripada itu, menurut sumber youtube juga, Edi Rejang telah berjumpa dengan Ahli Parlimen Kepong, YB Lip Lim Eng untuk memberikan penjelasan serta memohon maaf kepada rakyat Malaysia yang terkesan mengenai isu ini. “Ia berlaku secara spontan dan tiada niat langsung untuk racist dan perkauman” kata Edi Rejang.

Permohonan sudah dilakukan oleh Edi Rejang, diharapkan isu ini tidak berpanjangan. Isu perkauman haruslah dielakkan di Malaysia yang hidup aman damai dan berbilang kaum ini. Semoga isu ini dijadikan iktibar kepada semua.

Lihat juga Kipas Siling Kotor? Amalkan Cara Genius Ini




Sumber: Youtube Muhd Edi

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply