Viral
POS Malaysia Mohon Maaf Insiden Air Zam Zam Dicampak

UPDATED – Kejadian tentang seorang pekerja KLIA yang sebenarnya merupakan kakitangan POS Aviation (anak syarikat POS Malaysia) yang dikatakan mencampak kotak air zam-zam telah menjadi viral di media sosial semalam. Kakitangan tersebut kemudiannya meminta maaf dan menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku ketika itu.
Walau bagaimanapun, petang semalam pihak Pos Malaysia tampil menjelaskan kekusutan dalam satu kenyataan menerusi Facebooknya.
Perlakuan Kasar Kakitangan POS Aviation
Menurut kenyataan tersebut, kejadian terbabit dilakukan oleh kakitangan Pos Aviation iaitu anak syarikat Pos Malaysia. Anak syarikat ini merupakan antara syarikat yang berfungsi membuat pengendalian darat antaranya menguruskan bagasi penumpang.
Menerusi siasatan, kejadian terbabit berlaku kerana kesesakan di karousel dan tindakan dilakukan kakitangan tersebut untuk mempercepatkan proses.
Kakitangan Digantung Kerja
Menurut pihakya lagi, kakitangan yang terbabit telah digantung tugas. Permohonan maaf turut dibuat atas kejadian terpencil berkenaan.
Kakitangan tersebut telah digantung tugas dan kami memohon maaf di atas kejadian terpencil tersebut. Kami amat mengambil berat tentang pengendalian barangan pelanggan dan tindakan susulan akan diambil setelah siasatan selesai dijalankan.
Turut berkongsi kenyataan dwibahasa itu adalah Malaysia Airports juga menerusi Facebook mereka. Apa-apa pun diharapkan insiden ini jadi satu iktibar buat mereka yang bertugas mengendali barang-barang penumpang di lapangan terbang. Memang semua kerja ada cabaran dan stress tapi jangan sampai melibatkan orang lain.
Sumber: Pos Malaysia
Lihat berita berkaitan insiden campak air zam zam di KLIA disini

You must be logged in to post a comment Login