PTPTN Laksana Potongan Gaji bermula 1 Januari 2019 – EscaBytes
Connect with us

Semasa

PTPTN Laksana Potongan Gaji bermula 1 Januari 2019

Published

on

PTPTN

Bertabahlah…Potongan gaji bagi pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi peminjam berpendapatan RM2,000 sebulan akan bermula pada 1 Januari depan. Menurut Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, bayaran pinjaman akan meningkat seiring pendapatan diperoleh peminjam.

Pengecualian Bayar Balik Pinjaman

“Pengecualian bayaran balik pinjaman turut dikhususkan buat peminjam yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.

“Selain itu, Kabinet bersetuju memberi pengecualian kepada pelajar cemerlang kelompok M40.

“Doakan kewangan negara kembali pulih supaya kerajaan boleh tunaikan janji manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk menangguhkan pembayaran semula sehingga gaji peminjam mencecah RM4,000,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Potongan Pada Kadar 2%

Kabinet memutuskan potongan gaji ke atas peminjam PTPTN pada kadar dua peratus atau RM40 sebaik gaji mereka mencecah RM2,000. Dalam pembentangan Belanjawan 2019, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mengumumkan kerajaan akan melaksanakan potongan gaji berjadual antara dua hingga 15 peratus kepada peminjam yang berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan.




Dibantah Persatuan Pelajar

Pengumuman itu mendapat bantahan ramai terutama persatuan mewakili pelajar dan penuntut universiti yang mendesak syarat itu dikaji semula.

Apa-apa pun pada admin bila kita dah berhutang sepatutnya dibayar semula. Benda simple je sedangkan dalam Al-Quran pun berulang-kali disebut tentang ‘Hutang’. Admin faham korang yang tak puas hati ni sebab nak tuntut janji manifesto kerajaan PH tapi apa boleh buat. Harap bertabahlah ya dan kuatkan lagi semangat menabung untuk melunaskan hasrat bercuti ke Krabi dan Jeju Island.

Sumber: Berita Harian 

 

Lihat berita mengenai Adib Semakin Stabil, Dipindahkan Ke IJN Semalam




Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *