Pulau Pangkor - Percutian Pantai Terbaik – EscaBytes
Connect with us

Destinasi

Pulau Pangkor – Percutian Pantai Terbaik

Published

on

Pulau Pangkor
Share the News!

Bertemu kita sekali lagi dalam segmen Destinasi bersama Escabytes. Kali ini kita menjelajah ke negeri Perak Darul Ridzuan. Moh kita ke Pulau Pangkor, salah satu pulau yang terdapat di negeri Perak. Pulau Pangkor merupakan salah satu tempat popular yang sering menjadi tarikan pelancong.

Pulau ini memiliki bentuk muka bumi yang berbukit-bukau serta dihiasi dengan pokok-pokok yang menghijau. Ia terkenal sebagai destinasi pelancongan yang sangat menarik untuk dilawati bersama keluarga kerana banyak aktiviti yang menyeronokkan boleh dilakukan di sini.




Bentuk muka buminya dan alam semulajadinya yang terpelihara dengan baik menjadikan ia lokasi paling tepat untuk mereka yang ingin menghirup udara segar sambil melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti jungle trekking, bird-watching, snorkeling, berkhemah, dan macam-macam lagi. Pulau Pangkor juga dikategorikan sebagai tempat bersejarah kerana suatu ketika dahulu ia pernah menjadi kubu Belanda.

Nama asal Pulau Pangkor berasal daripada bahasa Thai iaitu ‘Pang Ko’ yang bermaksud pulau yang cantik. Namanya pun sudah membawa maksud cantik, jadi tak perlulah korang nak fikir dua tiga kali. Alang-alang dah nak hujung tahun ni, rancanglah percutian ke pulau ini. Tak percaya jugak? Jangan risau, disini admin kongsikan sedikit senarai 10 tempat menarik di Pulau Pangkor yang pasti membuat keyakinan korang teguh seteguh konkrit.

10. Kota Belanda

Pulau Pangkor

Sumber: Nur Syafieza Mdnoor

Seperti yang admin beritahu tadi, Pulau Pangkor merupakan sebuah lokasi bersejarah peninggalan Belanda. Pihak Belanda yang datang ke sini telah membina gedung atau kubu yang bertujuan untuk menyimpan bijih timah pada tahun 1670. Orang Belanda pada masa itu menamakan kubu ini sebagai Kubu Dinding (Dingdingh) sempena nama Sungai Dinding yang terletak di hadapan Pulau Pangkor.

Kubu ini telah dibina oleh pihak Belanda untuk menghalang pihak Inggeris daripada merampas pulau ini dan dalam masa yang sama pihak Belanda sedang berperang dengan Acheh yang juga menjadikan Pulau Pangkor sebagai negeri di bawah naungan mereka. Maka tidak hairanlah Kota Belanda ini menyimpan nilai-nilai penting sejarah negeri Perak. Admin memang sarankan kat korang untuk datang ke sini bersama keluarga untuk tengok sendiri peninggalan penuh sejarah ini dengan lebih dekat.

Alamat: Kota Belanda, 32300 Pulau Pangkor, Perak





9. Batu Bersurat

Pulau Pangkor

Batu bersurat ini pula terletak hanya dalam 100 meter sahaja daripada Kota Belanda. Apa yang ditunjukkan pada batu bersurat ini adalah gambar seorang kanak-kanak dibaham oleh seekor harimau, agak menyeramkan juga satu lukisan sebegini diabadikan pada sekeping batu kan? Mengikut kepercayaan orang ramai, batu ini digunakan untuk mengingati peristiwa di mana seorang kanak-kanak telah dimakan seekor binatang buas. Sebenarnya banyak versi lain lagi tentang kisah di sebalik gambar ini.

Lagi satu yang pelik pasal batu ini adalah penduduk tempatan mengatakan yang batu ini pada asalnya memiliki saiz yang kecil tapi semakin lama ia kelihatan seperti semakin besar, seolah-olah hidup. Datanglah ke sini kalau nak lihat dengan lebih dekat lagi batu bersurat yang terkenal ini kot2 korang berjaya merungkai misteri di sebalik batu ni.

Alamat: Batu Bersurat, Kampung Teluk Gadong, 32300 Pulau Pangkor, Perak


8. Tortoise Hill

Pulau Pangkor




Sumber: Pangkor Island

Hahhh, bagi mereka yang sukakan sedikit cabaran,moh ler kita berjungle trekking di bukit ini. Memang tenang menenangkan juga kalau berkelah atau bersantai di bawah pokok-pokok yang rendang di puncak bukit ni sambil mengimbau kenangan lama. Sambil-sambil bersantai itu bolehlah menikmati pemandangan indah sekeliling Pulau Pangkor yang dikelilingi pokok-pokok menghijau dan Selat Melaka sebab puncak bukit ini adalah puncak yang tertinggi di pulau ini.  Dekat sini juga kita boleh melihat bermacam jenis flora dan fauna yang menarik seperti orkid-orkid yang jarang dijumpai di tempat lain dan burung-burung yang berwarna-warni seperti burung enggang. Suka pun suka jugak tapi jangan lupa kera pun nak kenalkn diri jugak kat korang. Hehehe…

Alamat: Tortoise Hill, 32300 Pulau Pangkor, Perak


7. Pantai Teluk Nipah

Pulau Pangkor

Sumber: Khalilah Ahmad

Seterusnya kita pergi ke tempat yang sesuai untuk aktiviti air. Pantai Teluk Nipah ni memang sesuai untuk akitiviti air ini. Barulah syok anak-anak korang bila bercuti dapat buat aktiviti yang melibatkan main air ni. Tapi anda kena pandai juga mencari pakej aktiviti air yang murah, tak adalah terasa berat nak keluarkan duit poket untuk beramai-beramai bermain air. Ada yang murah, ada yang mahal, survey dulu baru puas hati. Tapi peduli ape admin, dah kome pergi bercuti mesti kena ade duit. Hahahahaha…

Pada musim cuti sekolah, kawasan ni agak padat sikit.. Tapi tak apalah kan, ramai tak ramai, yang penting anda sekeluarga dapat berseronok. Sekitar pantai ini agak meriah juga dengan gerai-gerai untuk anda membeli kudapan dan makan sambil menikmati pemandangan. Kepada ibu bapa, jangan leka sangat biar anak tu bermain air. Selalulah pantau anak korang tu. Sudah-sudah la tu skrol facebook. Kalau skrol page fb ke website Escabytes ke takpe…Memang digalakkan..

Alamat: Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor, Perak




 


6. Pantai Pasir Bogak

Pulau Pangkor

Sumber: Taufik

Di sepanjang pantai ini dah disediakan meja-meja untuk korang hidangkan makanan dan makan bersama keluarga sambil melihat panorama indah Pantai Pasir Bogak ini. Bogak ye bukan Bongak. Di pantai ini juga terdapat gerai-gerai makanan, air kelapa pun ada dijual, kombinasi yang sempurna sambil melepak tepi pantai.

Sambil-sambil menikmati air kelapa itu, korang dapat melihat ramai nelayan yang sibuk dengan jaring masing-masing untuk menangkap hasil laut. Tengok nelayan takpe jangan omputeh pakai bikini. Jenuh menjawab dengan bini tu.

Selain itu, aktiviti lain yang boleh buat di pantai ini adalah seperti menaiki bot untuk merasa pengalaman makan angin atas laut ataupun untuk mencuba sendiri aktiviti menjala, dapat ikan atau tak, sekurang-kurangnya dapatlah keluarga korang merasa pengalaman yang rare ni. Selain itu, korang boleh juga bermandi-manda di pantai ni, tapi hati-hati ya, sebab dasarnya agak berbatu.

Alamat: Pasir Bogak, 32300 Pulau Pangkor, Perak


5. Lumut Waterfront

Pulau Pangkor

Sumber: Zaharibb

Lumut Waterfront ini merupakan tempat yang pertama sekali perlu pergi untuk menaiki feri ke Pulau Pangkor. Pemandangan dekat sini boleh tahan juga menariknya. Kalau datang awal pagi ke sini, korang berpeluang untuk menikmati pemandangan matahari naik. Yang datang untuk honeymoon tu bolehlah acah-acah sweet sawit bagai tu. Bak kata pepatah orang muda, “till jannah“. Bukan setakat ada pemandangan yang cantik, tapi gerai-gerai dan restoran yang menjual hasil laut pun banyak. Nak lepak makan ABC, seafood, KFC, semua ada.

Jadi, datang je ke sini dengan perut kosong, cari gerai yang korang suka di sini untuk menjamu selera, kemudian bolehlah mulakan penjelajahan ke Pulau Pangkor dengan feri dari jeti di waterfront ini. Dalam perjalanan ke Pulau Pangkor yang mengambil masa lebih kurang 20 minit ini, korang bolehlah bergambar sepuas-puasnya di feri tu nanti, bukan senang nak dapat pengalaman naik feri kan.

Waktu Operasi: Setiap Hari (6.30am – 8.30pm)

Harga Tambang Feri: Dewasa RM10 | Kanak-kanak RM5

Alamat: Lumut Waterfront, 32200 Lumut, Perak


4. Pulau Giam

Pulau Pangkor

Sumber: Tourism Malaysia

Pulau ini terletak bersebelahan degan Pulau Mentagor, dan berhadapan dengan Teluk Nipah. Ya memang banyak tempat nak dilawati di Pulau Pangkor ni, semuanya indah-indah belaka. Untuk ke Pulau Giam ini, daripada Teluk Nipah korang boleh berkayak ataupun menaiki bot. Kalau sukakan aktiviti yang ekstrem sedikit dan memiliki stamina yang tinggi, boleh datang secara berkayak. Tapi kalau naik tangga tak sampai 10 anak tangga pun dah mencungap, elok la naik bot je. Yang bestnya di pulau ini, airnya agak jernih jadi bolehlah bersnorkeling di sini.

Alamat: Pulau Giam, 32300, Perak


3. Pangkor Fish Satay Factory – Hai Seng Hin

Pulau Pangkor

Sumber: Inmagine Photos

Teringin nak shopping makanan hasil laut yang fresh-fresh? Mari ke Kilang Hai Seng Hin ataupun nama terkenalnya Kilang Sate ini. Dekat sini boleh melihat bermacam hasil laut seperti ikan, sotong dan lain-lain dijual di sini. Yang paling meletup di Pulau Pangkor ni sebenarnya ikan bilis mata biru, sebab tak ada di tempat lain ikan bilis jenis ni. Sedap juga dibuat sambal petai ikan bilis. Rugi kalau tak datang ke sini alang-alang dah sampai ke Pangkor sebab banyak sangat pilihan makanan laut yang ada. Kedai-kedai cenderamata pun ada. Tapi berpada-padalah ye beli cenderamata takut nanti ada yang berenang balik ke Lumut.

Alamat: Hai Seng Hin Satay Fish Factory, Sungai Pinang Kecil, 32300 Pulau Pangkor, Perak


2. Teluk Segadas

Pulau Pangkor

Sumber: Hor Shu Horng

Teluk Segadas ini terletak di selatan Pulau Pangkor. Agak kurang dilawati pelancong sebab kawasannya agak tersorok. Bagi sesiapa yang sukakan privasi, bolehlah ke sini. Untuk ke teluk ini, dari jeti Pulau Pangkor korang boleh menaiki teksi sehingga sampai ke Kampung Gedung, lepas tu kenalah berjungle trekking dalam 15 ke 20 minit untuk sampai ke teluk ini.

Kalau datang bersama anak kecil sekurang-kurangnya 6 tahun dan ke atas pun boleh jugak sebab trekkingnya tak begitu mencabar. Cuma diingatkan, Teluk Segadas ni kawasannya tak begitu lengkap dengan kemudahan.

Alamat: Pantai Teluk Segadas, 32300, Perak


1. Masjid Terapung Pulau Pangkor

Pulau Pangkor

Sumber: Dukun Petai

Jangan ingat kat Terengganu je yang ada masjid terapung, di Pulau Pangkor pun ada! Sebenarnya, masjid ini agak baru di Pulau Pangkor. Dibina pada 7 Mac 2014, Masjid Terapung Pulau Pangkor atau nama lainnya Masjid Al-Badr 1000 Selawat ini adalah hasil inspirasi daripada Menteri Besar Perak.

Dalaman masjid ini sangat indah dengan pelbagai jenis dekorasi unik dan menarik. Diberi nama 1000 selawat kerana terdapat kaligrafi 1000 selawat di dinding masjid. Kos pembinaan masjid ini adalah RM11.6 juta dan siap pada tahun 2016. Datanglah ke sini untuk menghayati hasil seni islamik yang masih segar lagi di masjid ini.

Alamat: Masjid Al-Badr 1000 Selawat, Pulau Pangkor, Perak

 

Ok lah…admin pun dah penat menaip artikel ni. Diharapkan senarai tempat menarik di Pulau Pangkor ini dapat membantu korang dalam membuat rancangan percutian yang terbaik untuk keluarga. Jangan lupa untuk bawa pakaian sesuai bila ke sana ya, banyak aktiviti outdoor untuk dilakukan nanti. Selamat Bercuti Semua!!!

 

Kepada mereka yang sedang merancang untuk ke Hatyai dalam masa terdekat ni, boleh ketahui lebih lanjut disini.

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply