Pustaka Peringatan P.Ramlee: Menyelami Kisah Hidup Seniman Agung – EscaBytes
Connect with us

Destinasi

Pustaka Peringatan P.Ramlee: Menyelami Kisah Hidup Seniman Agung

Published

on

Nama yang tidak asing bagi penggemar filem tanahair, Tan Sri P.Ramlee atau nama sebenarnya Ramli bin Puteh. Penubuhan Pustaka Peringatan P.Ramlee (PPP) dibuka secara rasmi pada 22 Mac 1986 bagi mengenang jasa Seniman Agung ini dalam dunia seni tanahair. P.Ramlee popular pada era 1950an sebagai pelakon, penyanyi, pengarah, komposer dan penulis lirik.

Yang menariknya, PPP ini adalah bekas rumah terakhir P.Ramlee sendiri sebelum beliau kembali kerahmatullah. Mengikut staf dari Arkib Negara, dalam rumah ini telah diubahsuai untuk mempamerkan informasi dan barangan milik P.Ramlee. Namun, dibahagian luar rumah adalah tapak asalnya.




Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk melawat PPP, iya PERCUMA. Berikut adalah waktu lawatan:

No. 22, Jalan Dedap,
Taman P.Ramlee, Setapak,
53100 Kuala Lumpur

dan boleh dihubungi di talian 03-4023 1131

Lihat juga Aliff Syukri Sedia Jual “Palace of Aliff Syukri” Dengan RM43 Juta




Penulis sempat untuk melawat PPP untuk dan merasai sendiri pengalaman ketika disana. Kehadiran penulis dengan sebuah beca dan kereta milik P.Ramlee. Keadaan kenderaan tersebut masih elok dan dijaga dengan sempurna oleh pihak Arkib Negara.

 

 

 

 

 

 

 

 

Penulis masuk kedalam, kedengaran bunyi latar dan dilihat terdapat televisyen yang memainkan filem lakonan P.Ramlee. Sistem bunyinya agak baik. Penulis merasakan suasana seperti P.Ramlee masih hidup dan masih segar diingatan.

Seterusnya, penulis mengamati panel Biografi. Disini info yang lengkap mengenai sejarah hidup P.Ramlee dari sejak lahir hingga ke akhir hayat.

Sejarah penglibatan P.Ramlee dalam industri hiburan berada di panel Kenali P.Ramlee.




Koleksi peribadi milik P.Ramlee turut dipamerkan. Boleh rujuk galeri dihujung pos ini.

          

Senarai piala dan anugerah yang pernah diterima.

   

Baju milik Saloma dan P.Ramlee.

    

Barang asal peninggalan P.Ramlee di rumah ini.




Pawagam mini yang menayangkan filem P.Ramlee.

Akhir kata, penulis amat menyarankan peminat P.Ramlee dan seluruh warga Malaysia untuk melawat sendiri Pustaka Peringatan P.Ramlee ini. Banyak informasi yang tidak pernah diketahui tentang P.Ramlee tersedia disana. Jika berpeluang berjumpa bersama staf Arkib Negara disana, boleh juga mendapatkan informasi lanjut (mereka sangat baik dan ramah!).

Gambar penuh boleh dirujuk diakhir pos ini.

Selain daripada itu, boleh juga rujuk ‘walkthrough’ PPP yang disediakan oleh Google Maps melalui pautan dibawah.

Destinasi

Korea – Destinasi “Buruan” Rakyat Malaysia

Published

on

Korea

CUTI-CUTI DI KOREA!!! Korea merupakan antara destinasi pelancongan yang sentiasa menjadi “buruan” rakyat Malaysia. Ramai menyimpan hasrat nak ke sana tapi tak ramai pula yang tahu tempat menarik dan bajet sepanjang keberadaan anda di sana.

Pemuda bernama Azrin Zin ini telah berkongsi pengalaman sepanjang berada di Korea selama 6 hari dengan bajet HANYA RM1600!!! Tips sebagai rujukan buat anda yang kali pertama hendak ke sana juga dikongsinya.




Rujukan bajet untuk ke Korea

Done my Seoul trip last week. Actually Seoul was’nt part of my wish list. But you know what, its not bad at all. I purposely left few places so that I had a reason for revisit. To those who asking, here are my cost breakdown & itinerary for your reference.

Flight ticket (AirAsia) : RM850 (book on August 2018)
Baggage (return) : RM120 (25KG – sharing 2 person, RM60 per person)
Airbnb (Apartment at Suyu) : RM440 (6D5N – sharing 2 person, RM220 per person)
Subway: RM130
Food: Less than RM200 as I bring some food from KL
Insurance: RM38
N Seoul Tower: RM21 booked from Klook app
DMZ tour: RM180 booked from Klook app (optional)

Total cost: RM1699 per person

Anda dinasihati menempah dan membeli tiket penerbangan (pergi dan balik) lebih awal untuk mendapatkan harga yang lebih murah. Begitu juga tempahan penginapan hanya perlu ditempah menerusi Airbnb saja.




Jomlah kita…

Day 1
Myeongdong

Day 2
Gyeongbokgung Palace | Seocheon Hanok Village | Bukcheon Hanok Village | Churro 101 | Gwanghwamun Square | Cheonggyecheon Stream | KTO | Gwangjang Market | Dongdaemun Design Plaza | Nandaemun

Senarai destinasi di Seoul atas ini boleh dijadikan sebagai rujukan anda. Apabila tiba di Seoul, anda wajib melawat Seocheon Hanok Village. Sebabnya, di sini anda boleh melihat sendiri seni bina rumah tradisional masyarakat Korea yang masih dipertahankan hingga hari ini.

Rugi Kalau Tak Sampai Sini

Day 3
Demilitarized Zone (DMZ tour) | Seoul City Hall | Itaewon | Tartine Pie | N Seoul Tower (Namsan Tower) | Myeongdong




Day 4
Gangnam Square | Olympic Park | COEX Mall | Gyeongridan Street | Jongmyo | Insadong

Di bandar Seoul ini terdapat banyak destinasi yang menjadi mercu tanda dan kebanggaan rakyat Korea termasuk Namsan Tower. Jika anda ingin naik ke menara ini, anda perlu membuat tempahan terlebih dahulu menerusi aplikasi Klook. Murah saja, harga untuk naik ke atas baru saja RM21.

Masjid ‘famous’ di Korea

Day 5
Sorae Ecology Park | Soraepogu Fish Market | Incheon Fairy Tale Village | Incheon China Town | Itaewon | Hongdae Street

Day 6
Seoulla 7017




Seoul Central Mosque di Itaewon merupakan masjid yang sangat popular di bandar Seoul ini. Jika anda perasan, masjid ini sering kali menjadi pilihan pengarah drama atau filem tempatan untuk menjalani penggambaran di sini.

Tips Ringkas

1. Prayer room in Seoul can be found at Incheon Airport Terminal 1 (Departure Hall, Gate 24), KTO office, COEX Mall, Lotte World, Itaewon.
2. For Airport transfer, using AREX all stop train to Seoul City Station & transfer to Suyu Station for KRW4250 (cheapest way).
3. To Namsan Tower, you can choose to take bus from Myeongdong Station (Exit 3, Bus no 2), Chungmuro Station (Exit 2, Bus no 2 or 5) for KRW2100 return instead of cable car which will cost you around KRW9000 return.
4. You will save more money if using T-Money card which can be used for subway, bus and even purchase goods at convenience store.

5. For internet using Digi Roaming 2GB (3 days) for RM25 or you can book portable wifi from Klook which will cost you around RM60 for 6 days.
6. There is trick on how you can get extra discount for using Airbnb which I’m not going to reveal it here.
7. Got T-Money card, travel maps & discount coupon book for free. PMed for details.
8. Foods are rather expensive. Street food will cost you average KRW 3-5000, drink KRW 1200, complete set meal KRW 8-15000. So plan your meal wisely.

Sumber: Azrin Zin

Pulau Jeju – Keindahan Semula Jadi Bagi Pencinta Alam. Klik disini sekiranya ia merupakan destinasi percutian pilihan anda.

Continue Reading

Destinasi

Neelofa Menginap Villa Bawah Laut RM200K Semalam

Published

on

Neelofa

Ramai netizen telah sedia maklum pelakon dan pengacara cantik, Neelofa kini sedang bercuti di Maldives. Paling mendapat perhatian ialah apabila ramai yang terpegun dengan kecantikan bilik hotel yang dimuat naik oleh Neelofa. Apa yang menarik perhatian netizen ialah bukan hotel-hotel biasa yang menjadi lokasi penginapan Neelofa tetapi di The Muraka yang terletak di Conrad Maldives Rangali Resort. Murah ka??

 

View this post on Instagram

 

Airport style when in Maldives!

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

Bila admin check harga bilik tersebut buat admin termenung sekejap sambil bukak dompet. Harganya bernilai hampir USD50,000 (±RM208,000) untuk satu malam SAHAJA!!!. Villa dua tingkat tersebut dilengkapi dengan reka bentuk moden dengan teknologi hebat yang membolehkan penginap bilik tersebut untuk menikmati pemandangan laut di tingkat atas dan pemandangan dasar laut di tingkat bawah.

 

View this post on Instagram

 

Take your mind off things, relax and unwind at The Muraka #themuraka

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on


Villa ini juga dikenali sebagai penginapan pertama di dunia yang menawarkan pemandangan dasar laut di dalam ruang tidur. Jadi tidak hairanlah mengapa harga bilik tersebut boleh mencecah harga RM200,000 untuk satu malam. Buat pengikut Neelofa yang ramai di Instagram (5.7 juta), ianya satu exposure yang baik untuk villa berkenaan kerana kini ramai yang telah mengetahui tentang kewujudan villa The Muraka ini.




Mungkin anda boleh mula menabung dari sekarang untuk merasai sendiri pengalaman tidur bersama hidupan laut di sini. Atau dengan harga berkenaan boleh beli sebuah rumah di Malaysia. Tepuk dada tanya selera.

Dibawah ini admin share sikit info mengenai villa mewah ini. InshaAllah korang pun boleh datang bawa yang tersayang bercuti disini. Jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk terus bekerja kuat mencari rezeki…

Continue Reading

Destinasi

AirAsia Melebarkan Sayap Di Ipoh

Published

on

By

AirAsia Ipoh
Gambar oleh Farhan Najib

AirAsia, syarikat penerbangan tambang murah melebarkan sayap di Ipoh dengan melancarkan laluan penerbangan terus antara Ipoh dan Johor Baru.

Kami tidak dapat mengesahkan apa-apa pada masa ini, ia memerlukan penilaian terlebih dahulu. Tetapi kita melihat destinasi (berpotensi) setiap hari,” kata Ketua pegawai operasi AirAsia, Riad Asmat setelah penerbangan sulung mendarat di lapangan terbang Sultan Azlan Shah, Perak. “Pesawat itu boleh membawa 180 penumpang dan AirAsia menyasar 80 peratus penumpang (setiap perjalanan).”




Beliau berkata berkata syarikat penerbangan itu juga melancarkan penerbangan Johor Baru-Alor Setar hari ini, yang akan diterbangkan empat kali seminggu.

“Kami yakin kedua-dua Ipoh dan Alor Setar akan menjadi destinasi yang sangat popular untuk pelancong perniagaan dan percutian,” katanya.

Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu, turut hadir menyambut 120 penumpang pertama dalam penerbangan sulung itu, berkata penerbangan itu akan meningkatkan industri pelancongan dan ekonomi negara. Beliau turut menekankan bahawa kerajaan Perak masih berminat untuk membina sebuah lapangan terbang baru, tetapi masih diperingkat perbincangan.

“Selain meningkatkan penjenamaan produk kami, kami juga akan mengkaji semula modal insan dalam sektor pelancongan. Kami ingin menyediakan program latihan semula dan kemahiran untuk pengendali hospitaliti kami, kakitangan hotel, pemandu pelancong, usahawan dan semua orang dalam ekosistem pelancongan, “katanya,




“Kerajaan negeri mempunyai keyakinan penuh bahawa AirAsia akan memainkan peranannya sebagai rakan strategik kami untuk mempromosikan Perak secara keseluruhan.

“Kami juga melihat (potensi) selain daripada laluan Johor Bahru-Ipoh. Impian kami adalah untuk bekerjasama untuk menghubungkan Ipoh ke destinasi lain dalam rangkaian luas AirAsia. ”

Lihat Juga Rumah Hobbit Di Turki Tarik Pelancong, termasuk dari Malaysia

Kredit MalayMail




Continue Reading

Trending

'Like' Facebook Page Escabytes