Rumah Hobbit Di Turki Tarik Pelancong – EscaBytes
Connect with us

Destinasi

Rumah Hobbit Di Turki Tarik Pelancong

Published

on

Share the News!

“Rumah Hobbit” yang dibina di tengah-tengah wilayah Sivas di Turki ini telah menarik minat ramai pelancong domestik dan luar negara.

Dengan inspirasi dari novel fantasi dan filem terkenal, The Lords of the Rings, majlis perbandaran di Sivas telah membina rumah bawah tanah atau lebih popular dengan panggilan ‘Rumah Hobbit.




Di dalam Lord of the Rings, Hobbit adalah bangsa manusia fiksyen dan kecil di Middle-Earth. Bangsa manusia yang kerdil ini tinggal di rumah-rumah hobbit bawah tanah. Rumah mereka dibina di lereng bukit dan cerunan.

“Majlis perbandaran telah membina 24 rumah Hobbit setakat ini,” kata Sami Aydin, Datuk Bandar Sivas

“Kami merancang untuk menambah bilangan rumah hobbit ini kepada 40 atau 50 pada masa akan datang. Orang ramai (pelancong) boleh tinggal di rumah ini selama beberapa hari untuk melegakan keletihan mereka, “kata Aydin.

Aydinmenyatakan bahawa rumah ini sejuk pada musim panas dan hangat di musim sejuk. Beliau menambah bahawa, telah ramai pelancong dari Turki, Eropah dan Timur Jauh membuat tempahan.




“Ramai orang di Eropah,ingin membuat tempahan kerana terdapat banyak orang Turki yang tinggal di sana. Permintaan tempahan juga datang dari negara-negara Timur Jauh, termasuk Malaysia,” katanya dan juga berharap permintaan akan meningkat di masa depan.

Aydin menyatakan bahawa rumah-rumah ini akan tersedia setiap bulan sepanjang tahun ini. Ia dibina dengan niat untuk mereka yang ingin berehat dan cintakan alam semula jadi.

Rumah-rumah Hobbit mempunyai dapur sendiri, bilik tamu, bilik tidur dan bilik mandi untuk memenuhi keperluan para pelancong.

Lihat Juga Kundasang – Destinasi Percutian Dingin Dan Segar




Kredit Hurriyet Daily News

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply