Saksi Inkues Adib Diugut, Buat Laporan Polis – EscaBytes
Connect with us

Semasa

Saksi Inkues Adib Diugut, Buat Laporan Polis

Published

on

Saksi Inkues Adib Diugut

Masih tiada kesudahan rupanya kisah Inkues Arwah Muhammad Adib. Dilaporkan dua saksi iaitu pakar forensik bagi prosiding inkues kematian pegawai bomba Muhammad Adib ini, telah membuat laporan polis berikutan ada ugutan keatas mereka. Dikatakan ugutan dilakukan untuk mempengaruhi penilaian mereka terhadap kes terbabit.

Salah seorang pakar forensik mendakwa, seorang lagi saksi pakar telah cuba meyakinkannya serta seorang lagi saksi lain untuk menandatangani surat persetujuan bahawa kecederaan di dada kanan dan di lengan atas, sebelah kanan Adib, berpunca daripada pintu kiri kenderaan EMRS.




“Saya membuat laporan ini kerana beliau telah cuba pujuk dan yakinkan saya dan Dr xxxx, di luar prosiding mahkamah, untuk bersetuju mengesahkan kecederaan di dada kanan dan lengan atas kanan berpunca dari pintu kiri kenderaan EMRS.”

“Selain itu saya merasa tidak berpuas hati dengan kata-kata beliau “jika tidak bersetuju either you going down or i’m going down…,” menurut laporan terbabit.”

Kejadian berlaku pada April 11 iaitu ketika ketiga-tiga pegawai terbabit hadir ke Balai Bomba Subang Jaya bagi memeriksa kenderaan EMRS serta melihat proses rekonstruksi.

Sementara itu laporan polis kedua yang dibuat seorang lagi saksi pakar mendakwa cubaan untuk mempengaruhi penilaian mereka bukan sahaja boleh menjejaskan integriti mereka sebagai saksi bahkan dilihat sebagai satu perbuatan yang tidak menghormati mahkamah.




Kedua-dua saksi pakar terbabit membuat laporan polis di ibu pejabat polis Subang Jaya pada Sabtu lepas.

Dalam pada itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat ketika dihubungi MalaysiaGazette sekitar 11 malam tadi mengesahkan laporan polis terbabit.

Kata beliau pada jam 9.28 malam 20 April 2019 Sabtu lalu, dua doktor pakar daripada Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur telah membuat laporan polis di Balai Polis Subang Jaya.

“Kedua dua mereka adalah saksi doktor pakar dalam inkues kematian Mohammad Adib Mohd Kassim.




“Kes diklasifikasikan dibawah Seksyen 189 Kanun Keseksaan iaitu ugutan bencana kepada seseorang Penjawat Awam. Tiada sebarang kenyataan lanjut akan dibuat (polis) memandangkan inkues sedang dijalankan,” kata beliau.

Dua pakar forensik yang memberi keterangan dalam inkues Adib adalah Dr Ahmad Hafizam Hasmi dan Datuk Dr. Md Shah Mahmood. Manakala seorang lagi pakar yang dipanggil adalah Prof Shahrom Abdul Wahid.

Sebelum ini, Muhammad Adib, 24, seorang anggota EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, mengalami cedera parah dalam rusuhan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov 2019. Akhirnya, Allahyarham meninggal dunia pada 17 Dis 2019 di Institut Jantung Negara.

Lihat Juga: RM10 Billion Untuk Beli Kampung Baru – Menteri Wilayah Persekutuan




Sumber: MalaysiaGazzette

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply