Samseng Gemuk Pukul Pekerja Petronas Ditahan Polis!!! – EscaBytes
Connect with us

Semasa

Samseng Gemuk Pukul Pekerja Petronas Ditahan Polis!!!

Published

on

samseng

UPDATED – Samseng gemuk dan seorang lagi lelaki yang menjadi suspek memukul budak jaga kaunter di stesen minyak Petronas di Sungkai akhirnya berjaya ditahan polis. Video aksi samseng mereka telah dirakam kamera litar tertutup (CCTV ) yang terdapat di stesen minyak itu dan tular di media sosial.

samseng

Ditahan Lokasi Berasingan

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kedua-dua suspek kejadian berkenaan telah ditahan di dua lokasi berasingan hari ini dan semalam.




“Suspek pertama adalah seorang lelaki berusia 40 tahun yang ditahan di kediamannya di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, pada jam 9.45 malam semalam.

“Seorang lagi suspek adalah lelaki berusia 25 tahun dan ditahan di perkarangan IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Tapah ketika menyerah diri pada 4.15 petang hari ini,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

samseng

Pihak polis memberitahu suspek pertama direman selama empat hari bermula semalam hingga Ahad ini untuk siasatan lanjut. Manakala polis akan mendapatkan perintah reman untuk suspek kedua di Mahkamah Majistret Tapah, esok.

Katanya, sebelum ini polis menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan, namun diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 147 Kanun kerana merusuh.

Polis Telah Meminta Menyerah Diri

Semalam, dilaporkan polis telah meminta dua lelaki yang bertanggungjawab memukul dan membaling objek dalam kejadian berkenaan menyerah diri.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV ) menunjukkan mangsa dibawa keluar oleh sekumpulan lelaki termasuk yang memakai topi keledar dari dalam stesen berkenaan sebelum dipukul hingga terjatuh dan dibaling objek pada jam 12.45 tengah hari, pada hari kejadian.




Difahamkan, seorang daripada kumpulan lelaki berkenaan mahu mengisi minyak di pam bernombor enam namun tidak memaklumkan jenis minyak RON97 yang mahu diisi menyebabkan dia diberikan RON95.

Lelaki berkenaan dipercayai tidak berpuas hati walaupun mangsa mendakwa sudah meminta maaf. Sekumpulan lelaki acah-acah samseng itu telah menarik mangsa keluar dan seorang daripada mereka memukul dan membaling air tin ke arah mangsa.

Mangsa kemudian membuat laporan polis mendakwa mengalami kesakitan di beberapa anggota badannya.

‘Tahniah’ diucapkan kepada samseng ni. Dalam hidup ni kena ada tolak-ansur dan jangan bongkak sangat bila dah ada kat atas. Baru bawak motor mcm tu dah nak tunjuk lagak. Ingat ya, kat dalam tu kalau sabun jatuh jangan kutip….




 

Berita berkaitan samseng gemuk pukul pekerja kaunter stesen minyak ini boleh diketahui disini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.