Gaya Hidup
Sebab Jangan Guna Telefon Semasa Charge
Ini adalah sebab kenapa jangan guna telefon atau perkakas elektronik mudahalih semasa tengah charge atau cas.
Ujian dilakukan menggunakan alat yang dapat mengesan elektrik ini dilihat elektrik seakan bocor dari tempat yang sepatutnya. Instrumen yang digunakan adalah ezAlertT II ini mampu untuk mengenal pasti kehadiran voltan AC tanpa hubungan elektrik secara terus, ia juga dapat membuat pengenalpastian fasa dan neutral. Alat yang dibuat di Brazil ini dilengkapi dengan petunjuk bunyi dan cahaya, terminal dan bas tanpa penebat bertenaga.
Kes kejadian yang tidak diingini seperti telefon meletup dan terbakar telah dilaporkan. Mengikut siasatan, pengguna telah mengecas telefon bimbit mereka dengan pengecas tiruan.
Pengguna mestilah menggunakan pengecas, earphone dan lain-lain alatan yang dari sumber yang boleh dipercayai. Paling selamat, gunakan alatan yang dikeluarkan dan diluluskan oleh pengilang telefon atau tab tersebut.
Usaha ini hendaklah dipandang serius oleh pengguna. Dikhuatiri alat seperti wayar charger atau earphone yang dipakai tidak mematuhi piawaan yang dibenarkan. dan boleh menyebabkan kemalangan.
Sebagai langkah-langkah keselamatan, jika boleh biarkan telefon untuk cas sebentar pun apa salahnya kan?
Lihat juga Penjagaan Kuku Rahsia Keunggulan Diri

You must be logged in to post a comment Login