Selat Melaka: Bahaya Makanan Bercangkerang – EscaBytes
Connect with us

Semasa

Selat Melaka: Bahaya Makanan Bercangkerang

Published

on

Share the News!

Tentu ramai yang gemar makan makanan bercangkerang seperti siput, kerang dan ketam. Tetapi mengikut kajian, adalah bahaya bagi penggemar makanan laut yang ditangkap di Selat Melaka atau Pantai Barat Semenanjung. Ia kerana dikhuatiri makanan ini mempunyai komposisi logam berat yang sangat tinggi.

Prof Madya Dr Ong Meng Chuan, Pensyarah Kanan Program Biologi Marin, Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berkata kajian telah dilakukan oleh pasukannya, pencemaran logam berat seperti arsenik, kadmium, plumbum dan merkuri banyak dikesan di kawasan muara sungai dan pelabuhan di sepanjang Selat Melaka.




Tempat yang mempunyai risiko yang tinggi dengan pencemaran logam berat ini adalah sekitar pelabuhan di perairan Johor, Pelabuhan Klang dan muara sungai di Pulau Pinang.

“Fenomena itu secara tidak langsung turut mencemari sumber makanan laut kerana sifat haiwan bercengkerang ini ia mendiami habitatnya dan tidak bergerak ke tempat lain…secara tidak langsung, ia memperoleh sumber makanan daripada tempat ia tinggal.

“Jadi sudah tentu jika perairan itu dicemari logam-logam berat berkenaan, sudah pasti ia turut mencemari haiwan bercengkerang itu yang seterusnya dimakan oleh manusia,” katanya kepada Bernama.

Kajian tersebut dijalankan pasukan Ong baru-baru ini dalam pelayaran saintifik menggunakan kapal penyelidikan UMT, RV Discovery sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) dari 13 hingga 22 Mac lalu dari Kuala Terengganu hingga ke Tanjung Lembong, Pulau Langkawi, Kedah. Ekspedisi yang disertai 25 saintis dan penyelidik itu, telah melalui lebih 45 stesen persampelan di dua laluan maritim iaitu Selat Melaka dan Laut China Selatan.




Antara hidangan kerang yang digemari netizen

Ong berkata tidak ramai yang menyedari kesan pencemaran logam berat daripada sumber makanan laut boleh menyebabkan pelbagai penyakit kepada manusia kerana ia melibatkan kesan jangka masa panjang.

“Kesan pencemaran logam berat terhadap manusia mengambil masa yang lama untuk dikesan sebab ia melalui proses biookomulasi dimana kita makan sedikit daripada makanan itu yang dicemari arsenik atau merkuri (logam ini tidak diperlukan oleh badan) setiap hari dan akhirnya akan menyebabkan kita mendapat pelbagai penyakit,” katanya.

Mengulas mengapa kawasan perairan Selat Melaka lebih tercemar berbanding Laut China Selatan, Ong berkata keadaan laut Selat Melaka yang cetek dan peningkatan sektor perindustrian di kawasan pelabuhan dan muara sungai menjadikan ia penyumbang utama pencemaran tersebut.

Katanya di kawasan muara sungai, arus sungai adalah lebih lemah dan menyebabkan logam-logam berat ini mudah terdampar dan menjadi mendapan di sungai dalam jangka masa yang lama.




“Keadaan perairan yang sempit dan cetek, juga telah menjadikan kadar pemendapan bahan logam berat itu tinggi berbanding di Laut China Selatan yang mempunyai kadar isi padu air laut yang lebih banyak dan ini akan mencairkan bahan logam tersebut,” tambahnya.

Sehubungan itu, Ong berkata kerajaan dan pihak yang berkaitan perlu bertindak tegas dengan meningkatkan penguatkuasaan undang-undang terhadap pihak yang mengambil remeh isu pencemaran logam berat di kawasan perairan negara ini.

“Mungkin denda yang lebih tinggi atau hukuman yang lebih tegas boleh dikenakan terhadap mereka yang didapati bersalah melakukan pencemaran ini.

“Kita juga tidak mahu kes pencemaran bahan kimia yang berlaku di Sungai Kim-Kim hingga menjejaskan kesihatan lebih 2,000 orang awam dan menyebabkan 111 sekolah di Pasir Gudang diarah ditutup 7 Mac lalu berulang kembali,” katanya.




Lihat juga: Makanan Rare Pilihan Rakyat Malaysia

Sumber: Bernama

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply