ST Rosyam Mart Berjaya Tarik Lebih 5000 Pengunjung!!! – EscaBytes
Connect with us

Hiburan

ST Rosyam Mart Berjaya Tarik Lebih 5000 Pengunjung!!!

Published

on

ST Rosyam Mart
Share the News!

Hasrat Datuk Rosyam Nor merealisasikan perniagaan runcit terbarunya ST Rosyam Mart kini menjadi realiti. Beliau yang merupakan seorang penerbit dan pelakon pada mulanya dalam proses mencabar apabila bank tidak yakin memberi pinjaman kepadanya.

Bank akhirnya yakin apabila mendapat tahu rakan kongsinya adalah sebuah syarikat berpengalaman. Beliau berkata bank tidak yakin untuk memberi Rosyam Nor pinjaman kerana modalnya yang sangat besar.




ST Rosyam Mart

“Disebabkan modalnya sangat besar, jadi ia menyukarkan proses memohon pinjaman itu. Pihak bank mana kisah saya ini artis atau bukan dan prosedur tetap prosedur.

“Saya bersyukur syarikat kongsi saya sudah berpengalaman lebih 40 tahun dalam perniagaan runcit. Sekali gus membantu memudahkan permohonan itu,” katanya.

Rosyam Nor begitu terkejut dan terharu apabila lebih 5,000 pengunjung datang menyerbu majlis pembukaan pasar raya ST Rosyam Mart itu di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Posted by ST Rosyam Mart on Sabtu, 15 September 2018

Hal ini menguatkan lagi semangatnya untuk membuka tiga cawangan ST Rosyam Mart akan datang di samping membantu peniaga dan warganegara tempatan. Beliau bercadang untuk membuka tiga lagi cawangan iaitu di Shah Alam, Bangi dan Melaka. Barangan yang dijual juga akan lebih murah berbanding pasar raya lain di samping memberi peluang pekerjaan kepada warga tempatan.




ST Rosyam Mart

“Selain itu, kami juga menyediakan ruang khas buat rakan artis yang turut terbabit dalam perniagaan runcit. Setakat ini, Fouziah Ghous sudah turut serta manakala Amy Search dan Riezman Khuzaimi juga menunjukkan minat,” katanya.

Dalam pada itu, Rosyam tidak akan berhenti berlakon meskipun sibuk dengan perniagaan itu. Alhamdulillah…Semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki Datuk !!!

 

Lihat berita mengenai Pelakon Pi Mai Pi Mai Tang Tu Meninggal Dunia disini.

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply