Status Linda Onn "Berjaya" Buat Warung Diangkut MPAJ – EscaBytes
Connect with us

Hiburan

Status Linda Onn “Berjaya” Buat Warung Diangkut MPAJ

Published

on

Status Linda
Share the News!

Hancur hati seorang pemuda dan terkedu melihat warungnya diangkut oleh MPAJ dek kerana status Linda Onn di Twitter. Peristiwa sedih ini berlaku pada minggu lepas dan menjadi topik perbualan hangat antara para netizen.

Linda Onn telah memuatnaik statusnya di Twitter mengatakan bahawa orang sekarang senang nak berniaga. Tak perlu susah payah keluarkan modal besar bayar sewa hingga RM9-10 ribu terus boleh buka kedai. Tidak cukup dengan itu, status Linda juga meyindir berkata dia pun nak pacak berniaga tepi jalan. Ayat terakhirnya pula menyindir MPAJ yang dikatakan tidak buat kerja. Selepas itu, warung pemuda itu menjadi mangsa sita oleh MPAJ dek kerana status Linda di Twitter.




Status Linda

Pemuda bernama Amirul itu dengan nada sayu memuatnaik status di Twitter membalas status Linda itu dengan mengucapkan terima kasih kepada Linda sambil kecewa dan sedih melihat barang-barangnya diangkut MPAJ.

Status Linda

Mengenai isu ini, ade netizen yang menyokong status Linda di media sosial itu dan sebaliknya. Ya, memang betul nak berniaga perlu ada lesen tapi bukan semua orang mampu untuk menampung kos tersebut. Admin pernah rasa peritnya macam pemuda ni sedang lalui. Tidak seperti selebriti yang kebanyakannya berpendapatan tinggi. Status mereka jika dibandingkan dengan kita memang jauh bezanya. Tak sepatutnya para selebriti ini menyamakan dengan mereka yang orang biasa ini yang cuba mencari rezeki.

Orang biasa seperti pemuda ini pun mustahil tiada cita-cita untuk membuka kedai mereka sendiri tetapi disebabkan dek kekangan faktor modal, perniagaan seperti warung atau “pacak payung” bak kata Linda menjadi pilihan dalam mengumpul modal terlebih dahulu. Nak pacak payung ni pun kadang-kadang ada yang perlu pinjam duit dari adik-beradik, kawan-kawan. Berniaga macam ni bukannya mudah. Perit tu memang tak lari. Hari biasa kadang-kadang tiada orang. Kena pula hujan lebat, bukan setakat tiada orang, habis basah semuanya. Sedih bila baca keluhan pemuda ini di status Twitternya di bawah.

Status Linda

Bila dah mula berniaga kena pula Along atau Abang jaga kawasan datang kutip duit. Sepatutnya isu seperti ini yang perlu pihak berkuasa ambil tindakan tegas. Tapi tidak, sebaliknya yang jadi. Bila orang biasa buat aduan, silap-silap si pengadu pun dah meninggal dunia dan tiada tindakan yang diambil. Artis kecoh sikit terus dengan sepantas kilat mengambil tindakan.




Kita sepatutnya jaga tepi kain sendiri pun sudah cukup asalkan tidak mengganggu perniagaan kita sendiri. Mohon buang jauh-jauh perasaan dengki itu sebab tak mendatangkan keuntungan pun. Kalau untung kita jatuh tidak semestinya disebabkan oleh warung pacak payung ni menjadi punca. Kadann-kadang silapnya datang dari kita sendiri. Jual makanan dengan harga mahal, servis dan kualiti indah khabar dari rupa. Silap hari bulan warung pacak payung ni jauh lagi bagus dari kedai-kedai yang kononnya ada kelas tersendiri.

Jadikanlah kejadian ini satu pengajaran kepada kita semua. Bukan hanya dari aspek berniaga sahaja, aspek lain yang melibatkan kehidupan bermasyarakat juga harus diterapkan budaya “jaga tepi kain sendiri”. Kita duduk bermasyarakat bukan dalam hutan. Dalam hutan pun kalau kerja sibuk nak kacau sana sini memang tak mustahil la jadi hidangan menyelerakan bagi sang harimau.

Sumber: Oh My Media

 

 

Anda juga boleh mengetahui tentang Pustaka Peringatan P.Ramlee disini




Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply