SUKMA XIX Perak 2018 Diraikan Meriah – EscaBytes
Connect with us

Semasa

SUKMA XIX Perak 2018 Diraikan Meriah

Published

on

SUKMA
Share the News!

Sukan Malaysia Ke-19 atau SUKMA XIX Perak 2018 membuka tirai secara rasmi dengan gilang-gemilang di Stadium Perak semalam. Perasmian temasya dwitahunan itu disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dengan lafaz perasmian. Ia disusuli gimik nyalaan obor berbentuk keris serta letusan bunga api di luar dan dalam stadium.

SUKMA

IPOH 11 SEPTEMBER 2018. Percikan bunga api di majlis Perasmian SUKMA Perak 2018 di Stadium Perak,Ipoh.

Lebih menarik, majlis itu persis temasya Sukan Olimpik Rio 2016 dan Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang 2018 yang menggunakan teknologi sama pada dua temasya berprestij berkenaan yang diadakan sebelum ini. Pada majlis itu juga, lagu tema rasmi temasya yang berjudul ‘Wow! Kita The Greatest’ yang digubah komposer muzik terkenal negara, Datuk Wah Idris serta lirik juga oleh beliau sendiri bersama Reyza Hamizan turut diperdengarkan.




Ini kali kedua Perak menjadi tuan rumah dalam sejarah penganjuran SUKMA. Kali pertama Perak menganjurkannya pada 24 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1994. Turut berangkat pada majlis yang diserikan dengan persembahan pembukaan Indera Sakti membabitkan 700 peserta itu adalah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

SUKMA

Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tuanku Soraya Sultan Abdul Halim, turut berangkat. Hadir sama Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu; Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi negeri-negeri. Turut tidak ketinggalan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta beberapa menteri pusat dan timbalan menteri yang lain.

Pembukaan rasmi dimulakan dengan perbarisan lintas hormat kontinjen negeri-negeri. Lintas hormat itu dijayakan 7,464 atlet dan pegawai daripada 15 kontinjen dengan didahului kontinjen Sarawak yang juga tuan rumah SUKMA Ke-18 dua tahun lalu.

Selaku tuan rumah, Perak menghantar kontinjen terbesar dengan 587 atlet diikuti Sarawak (553), Selangor (543), Terengganu (542) dan Wilayah Persekutuan (532). Juga diikuti Johor (495), Pulau Pinang (483), Kedah (464), Pahang (440), Sabah (416), Negeri Sembilan (411), Melaka (376), Kelantan (288), Perlis (280) dan Brunei (34).




Temasya SUKMA ini akan berlangsung sehingga 22 September. Ia akan menawarkan 427 pingat emas membabitkan 29 jenis sukan dan 39 venue di 12 daerah seluruh Perak.

Venue pertandingan yang diadakan di kesemua daerah di negeri itu turut melakar sejarah SUKMA kerana ia pendekatan pertama seumpamanya dalam sejarah sukan itu.

 

Lihat juga berita mengenai Mohamed Salah Bantu Mesir Benam Niger 6-0

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply