Suspek Langgar Lari Cyberjaya Ditahan!! – EscaBytes
Connect with us

Semasa

Suspek Langgar Lari Cyberjaya Ditahan!!

Published

on

suspek langgar lari

UPDATED – Polis telah menahan suspek langgar lari di Shaftbury Square, Cyberjaya tengah malam tadi. Suspek langgar lari itu terdiri daripada tiga lelaki Arab dan seorang wanita warga Malaysia. Kejadian itu langgar lari itu telah menyebabkan mangsa meninggal dunia pagi semalam di Hospital Putrajaya.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali, berkata penahanan dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor jam 12 tengah malam tadi membabitkan seorang lelaki Yaman berusia 22 tahun di Persiaran Putra Permai Selesa, Pusat Bandar Putra Permai Seri Kembangan.




Suspek Merupakan Pelajar Universiti Antarabangsa

“Seterusnya tangkapan lanjut dibuat di Verdi Residence, Symphony Hills Cyberjaya, membabitkan dua warga Libya berusia 24 dan 20 tahun dan seorang wanita berusia 32 tahun berasal dari Sabah.

“Sebuah kereta jenis Hyundai berwarna perak yang terbabit dengan kes berkenaan turut dirampas,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Abdul Aziz berkata, semua tangkapan membabitkan pelajar di sebuah universiti antarabangsa di Cyberjaya.

“Salah seorang lelaki yang ditangkap mengaku memandu kenderaan Hyundai itu semasa kemalangan,” katanya.

Mangsa Rempuhan Meninggal Dunia

Mangsa dirempuh kereta model Hyundai dengan nombor pendaftaran BHS 7999 yang pemandunya bertindak melarikan diri.

suspek langgar lari

Kelmarin, Wan Amirah Wan Alias, 31, cedera parah dirempuh dan diseret sebuah kereta di hadapan bangunan Shaftbury Cyberjaya pada jam 7.34 petang dan disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya jam 4 pagi semalam.

Video kejadian itu menjadi tular di media sosial yang mendapat kecaman netizen berikutan suspek memandu dalam keadaan berbahaya dan sengaja melanggar mangsa. Kereta suspek turut merempuh sebuah kereta Proton, Toyota Avanza, Perodua Myvi dan Honda City di lokasi sama sebelum melarikan diri.

Susulan itu pihak polis berusaha mengesan pemilik dan pemandu kereta dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Semua suspek terbabit akan di bawa ke Mahkamah Sepang hari ini untuk mendapatkan perintah reman.




Semoga mereka yang terlibat dalam kes langgar lari ini dibawa ke muka pengadilan. Pihak berkuasa tempatan perlu memantau mengenai pelambakan orang asing di kawasan Cyberjaya kerana rata-rata daripada mereka bersikap kurang ajar seakan-akan berada di negara mereka sendiri.

 

Berita berkaitan: Langgar Lari Di Cyberjaya, Mangsa Meninggal Dunia

Politik

Pakatan Harapan Sudah Lemah! – Pakar

Published

on

By

“PAKATAN Harapan (PH) kini sudah lemah berikutan perselisihan sesama mereka kerana sudah tiada musuh bersama iaitu Barisan Nasional (BN),” kata firma penyelidikan, Fitch Solutions Macro Research (Fitch Solution).

Diramalkan populariti Pakatan Harapan yang dianggotai oleh empat parti iaitu DAP, BERSATU, PKR dan AMANAH akan menurun dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Ia berikutan dasar-dasar yang tidak disenangi rakyat diamalkan dan perbalahan dalam gabungan itu sendiri.




Selepas BN digulingkan oleh Pakatan Harapan, hubungan sesama parti komponen menjadi semakin lemah berikutan tiada lagi seteru bersama untuk mengalihkan perhatian perselisihan sesama mereka.

Harus diingatkan juga, akhir-akhir ini Dato Seri Najib Razak sering membuat troll melalui laman Facebook miliknya. Pakatan Harapan dilihat tidak mengendahkan posting yang secara sinis menghentam mereka. Juga hampir tiada kenyataan defensif yang dikeluarkan.

“Pandangan Fitch Solution bahawa PH mengalami risiko penurunan dalam popularitinya kerana tiga sebab iaitu pengundi semakin berpendapat bahawa kerajaan tidak membantu mengurangkan kos sara hidup.

“Kedua, gabungan pakatan itu berulang kali menunjukkan perpecahan dalam kalangan mereka dan ketiga adalah kekecewaan para pengundi dengan idea bahawa kerajaan PH akan membawa Malaysia Baharu dengan kesaksamaan kaum yang lebih tinggi,” kata firma itu dalam kenyataan hari ini.




Sementara itu, dalam nota penyelidikannya, Fitch Solutions berkata, parti-parti komponen khususnya DAP berasakan perlunya memangku jawatan yang lebih tinggi untuk mempertahankan sokongan minoriti.

Katanya lagi, perkara berkenaan hanya akan menjurus kepada perpecahan dalam kerajaan sebelum jangka hayatnya pada tahun 2023.

Firma itu menegaskan, masalah menjadi lebih buruk apabila sebahagiannya disebabkan oleh kegagalan untuk melaksanakan janji yang dibuat dalam manifesto pilihan raya.

“Dengan politik perkauman dan agama semakin rancak, rakyat Malaysia juga kehilangan keyakinan terhadap janji-janji untuk membawa negara ke arah Malaysia Baharu dengan kesamaan yang lebih besar,” katanya.




Dalam pada itu Fitch Solution mengekalkan Skor Risiko Politik Jangka Pendek Malaysia kepada 72.5 peratus dengan proses membuat dasar dan polisi berterusan sebagai subkomponen paling lemah, masing-masing sebanyak 68.3 dan 67.5.

Katanya, ketika PH mengambil alih kerajaan pada Mei lalu, rakyat Malaysia tidak kisah untuk menerima apa juga alasan kerajaan apabila tidak mampu merealisasikan janji-janjinya termasuk menghapuskan tol di seluruh negara.

“Namun, apabila banyak janji-janji dimungkiri, kesabaran rakyat semakin menipis. Keadaan semakin parah apabila PH menerima pakai dasar pentadbiran BN yang sebelum ini dijadikan bahan serangan mereka, tetapi kini bertindak mempertahankannya dengan justifikasi yang lemah,” katanya.

Justeru, katanya, senario itu membolehkan BN menunjukkan kefahaman yang jelas dalam tindakan mereka dan menyumbang kepada kebangkitan semula populariti Datuk Seri Najib Razak.




Bekas Perdana Menteri itu adalah faktor utama penolakan terhadap BN dalam Pilihan Raya Umum lalu sebaliknya kini sudah menikmati kebangkitan semula dengan menggunakan keputusan, ucapan, dan tindakan pemimpin dan menteri PH.

Lihat Juga Makanan Rare di Malaysia

Sumber: HMetro

Continue Reading

Hiburan

Ed Sheeran Datang Malaysia Lagi!

Published

on

By

Menurut sumber, Ed Sheeran akan datang ke Malaysia sekali lagi konsert solonya 2019, ia akan menjadi salah satu konsert terbesar tahun ini. Peminat-peminat beliau di Malaysia pasti tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan konsert tersebut.

Ed Sheeran yang sebelum ini pernah mengadakan konsert di Axiata Arena di Bukit Jalil pada 2017. Untuk 13 April 2019 ini, beliau akan membuat persembahan di Stadium Nasional Bukit Jalil yang mempunyai kapasiti penonton yang lebih besar.




Persembahan di Kuala Lumpur ini adalah antara siri jelajah Ed Sheeran untuk Asia 2019. Beliau juga bakal beraksi di Tokyo, Seoul, Osaka, Singapura, Bangkok dan Jakarta.

Sama seperti yang sebelumnya, konsert yang akan datang ini adalah sebahagian daripada Divide Tour. Tiket untuk konsert ini di Kuala Lumpur akan dijual pada jam 10 pagi pada hari Selasa, 15 Januari 2019 melalui prworldwidelive.com dan myticket.asia.

Lihat juga: Hannah Delisha pelakon dambaan netizen

Sumber: Star




Continue Reading

Politik

Mohd Sabu: Saya Tidak Akan Melindungi (dia) Daripada Undang-undang

Published

on

By

Mohamad Sabu, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) sekali lagi menegaskan beliau tidak akan melindungi anak lelakinya, Ahmad Saiful Islam Mohamad, 31 tahun, yang ditahan kerana positif ganja baru-baru ini daripada undang-undang. “Tidak ada masalah, itu kita serah kepada undang-undang. Saya tidak akan melindungi (dia) daripada undang-undang. Saya serah kepada pihak polis.”

“Macam anak orang lain juga, tiada yang istimewa. Kami menteri sekarang bukan nak lindungi anak-anak,” katanya. Mohamad Sabu yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian ketika ditanya berhubung isu penangkapan anaknya itu, sama ada ia akan menjejas peluang Pakatan Harapan (PH) dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.




Katanya, isu itu tidak akan menjadi liabiliti untuk PH meraih kemenangan dalam PRK 26 Jan nanti. Tambahnya lagi, tidak ada masalah bagi jentera PH untuk memenangi hati dan peratusan undi pengundi, terutama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai yang disandang oleh Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail.

Ditanya mengenai keyakinan pengundi di Felda Sungai Koyan akan menyokong PH, Mohamad yakin kawasan itu akan menyaksikan peratusan tinggi undi berikutan peti undi di kawasan itu mencatat kemenangan tipis iaitu 44 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.

“Kita akan tumpu dari rumah ke rumah kerana kita yakin isu yang akan mereka (pembangkang) mainkan adalah isu perkauman yang kita tahu banyak yang tak betul,” katanya.

PRK Cameron Highlands diadakan berikutan keputusan Mahkamah Pilihan Raya bahawa kemenangan calon MIC Datuk C. Sivarrajh dalam PRU14 adalah terbatal.




Lihat Juga: Tarif Air Dijangka Naik!!

Sumber: Astro Awani

Continue Reading

Trending

'Like' Facebook Page Escabytes