7 Tanda Gangguan dan Mimpi Terkena Sihir – EscaBytes
Connect with us

Gaya Hidup

7 Tanda Gangguan dan Mimpi Terkena Sihir

Published

on

Share the News!

Ada 7 tanda dalam mimpi yang boleh dikaitkan dengan sihir. Mimpi ini sering dianggap sebagai mainan tidur, namun ia mungkin mempunyai maksud yang tersendiri. Dalam Islam, ada beberapa hadis yang membincang mengenai tafsir mimpi. Pada zaman nabi dahulu juga, terdapat mimpi menjadi sebahagian daripada perintahNya, wahyu atau petunjuk yang berikan kepada beberapa Nabi semasa tidur.

Sihir ialah penyakit yang ganjil dan sukar untuk ditafsirkan didalam dunia perubatan moden. Kesan daripada sihir ini boleh dilihat dan dijadikan penyebab penyakit itu berlaku. Namun, hanya segelintir orang sahaja yang tahu dan belajar mengenainya dan cara mengubatkannya.




Sihir dari istilahnya bermaksud perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus atau jin. Perlakuan ini adalah melanggar hukum alam dan untuk mencapai tujuan tertentu oleh pembuatnya. Masyarakat kita sinonim dengan perkataan ‘ilmu hitam’.

Apabila seseorang terkena sihir, selalunya pesakit tidak dapat mengetahui dan mentafsir sendiri. Ia perlu dirujuk dengan orang yang pakar mengenai sihir ini. Namun, ia haruslah diubati mengikut prosedur yang betul dan mengikut cara perubatan yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Pesakit adakalanya sering bermimpi keadaan yang tidak menyenangkan.

Ustaz Sharhan Syafie ada berkongsi mengenai tanda mimpi yang boleh dikaitkan dengan sihir. Ada yang mengatakan bahawa mimpi-mimpi ini haruslah jelas dan tidak samar-samar. Jika mimpi itu kita boleh ceritakan semula dan tidak lupa setiap detik mimpi maknanya mimpi itu jelas.

Berikut adalah 7 tanda gangguan dan mimpi jika pesakit terkena sihir:

1. Susah Tidur Waktu Malam
Selepas berurusan disiang hari, kita akan automatik menjadi penat dimalam hari. Itulah keindahan ciptaan Tuhan yang menciptakan siang dan malam. Namun begitu, pesakit yang terkena gangguan sihir akan selalu tidak boleh tidur malam walaupun didalam keletihan. Lainlah pula jika mempunyai masalah sakit yang lain yang disahkan oleh doktor seperti insomnia. Bukan sahaja susah untuk tidur, tetapi jika sering selalu terganggu dan terkejut lalu bangun dalam keadaan takut ini juga selalunya dikaitkan dengan sihir.




2. Mimpi Jatuh Dari Tempat Tinggi
Secara realitinya, kita mesti gayat ketika berada ditempat tinggi. Inikan pula kalau jatuh dari tempat tinggi. Kalau dalam mimpi pula, keadaan seperti jatuh dari tempat tinggi seperti cerun, bukit/gunung dan gaung dikaitkan dengan sihir. Tidak pula pernah dengar pengalaman pesakit yang terjatuh dari kapal terbang atau helikopter. Jika mengikut perkongsian cerita dari pesakit, selalunya kita akan terjaga sebelum betul-betul jatuh ke tanah. Mungkin lain orang, lain pengalaman mimpi mereka.

3. Mimpi Mengenai Bayi atau Budak
Pesakit yang mengalami mimpi menyusukan bayi, meribakan bayi, mendukung bayi ataupun menerima barang daripada budak selalu dikaitkan dengan sihir atau saka. Mengikut pengalaman dari cerita pesakit, sihir ini berlaku jika sekiranya mereka mempunyai interaksi dan terasa sayang dengan bayi atau budak tersebut. Jika hanya melihat bayi atau budak itu selalunya tidak dikaitkan dengan sihir. Jika saka pula, mimpi menerima barang dari budak adalah suatu tanda kuat bahawa pesakit mempunyai gangguan saka. Saka ini selalunya dapat dari turun temurun daripada warisan saudara terdekat.

4. Mimpi Binatang Berbisa Gigit / Patuk / Belit
Mimpi dipatuk ular sangat sinonim dengan masyarakat kita kononnya kita akan mendapat jodoh. Namun lain pula bagi tafsiran yang dikongsi oleh Ustaz Sharhan Syafie ini. Mimpi haiwan berbisa seperti ular dan kala jengking yang menggigit, mematuk atau membelit ini dikaitkan dengan sihir. Pesakit yang mengalami mimpi ini menggambarkan ia seperti benar-benar berlaku dan akan berasa panik. Selain daripada itu, jika bermimpi mengenai binatang berbisa secara kerap juga boleh dikaitkan dengan sihir.

5. Mimpi Berada Di Tempat Kotor / Perkuburan
Ustaz Sharhan berkongsi bahawa antara pesakit terkena gangguan sihir akan mengalami mimpi berada ditempat kotor. Ada pesakit menceritakan mimpi berada di tempat yang penuh sampah, tempat berdarah, tempat penuh dengan tahi dan tanah perkuburan.




6. Mimpi Dalam Perlarian
Kalau kita dikejar sesuatu yang menakutkan pasti kita akan melarikan diri daripada bahaya tersebut. Sama juga didalam mimpi, pesakit akan sering bermimpi dalam keadaan panik dan berkejaran. Kadangkala, tidak tahu apa-apa pun sebab apa nak lari. Tapi tetap juga berlari kerana ketakutan.

7. Mimpi Berkaitan Benda Tajam
Mimpi ini sangat luas dan selalunya sukar untuk ditafsirkan. Selalunya jika ada interaksi dengan benda tajam seperti pisau, pedang, tombak atau keris ini boleh dikaitkan dengan sihir.

Walaupun terdapat tanda-tanda gangguan dan mimpi diatas ini, tidak semestinya kita terkena gangguan sihir. Jika tidak pasti, bolehlah rujuk kepada pusat perubatan Islam. Sekarang ini sudah tidak sukar untuk mencari orang yang boleh mengubati sihir. Selagi ia tidak bertentangan dengan syariat Islam, maka bolehlah digunapakai untuk berubat. Lain orang, lain pengalamannya. Mungkin setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza. Tanda-tanda diatas ini bolehlah digunapakai untuk dijadikan asas untuk merujuk kepada yang lebih pakar.

Lihat juga 5 Sebab Wajib Beli Insurans/Takaful




Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply