Politik
Tarif Air Dijangka Naik Tahun Ini – Menteri

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr A Xavier Jayakumar berkata bahawa kenaikan tarif air perlu dilaksanakan bagi menjaga kepentingan pengguna untuk mendapatkan air berkualiti serta menjamin industri berkenaan daripada sudut perkhidmatan.
Kadar tarif air mungkin akan dinaikkan secara berperingkat tahun ini selaras dengan usaha kerajaan untuk menstruktur semula industri perkhidmatan bekalan air di negara ini.
Lepas ni kira boleh minum terus dari dari paip la ya? Tak payah pakai Coway ke, Cuckoo ke?
Dr A Xavier Jayakumar juga menjamin bahawa kenaikan ini tidak akan membebankan rakyat dan kami akan berunding dengan semua (kerajaan) negeri. Beliau menambah lagi, kementeriannya bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sedang berunding dengan beberapa kerajaan negeri untuk mendapatkan persetujuan semua pihak sebelum dilaksanakan.
“Kita telah mengemukakan ‘business plan’ kepada mereka (kerajaan negeri). Sekarang kerajaan negeri berbincang antara mereka…ada tanda menunjukkan mereka (kerajaan negeri) setuju untuk menaikkan tarif air,” katanya. Kenaikan kadar tarif air masih belum ditetapkan kerana setiap negeri mempunyai kadar tarif yang berbeza, tambah beliau.
Apakah business plan itu? Rakyat perlu tahu untuk menjustifikasi kenaikan kadar air ini. Dah la gaji naik sikit, harga barang naik, air pun naik juga. Tukar kepada SST pun tidak dapat kurangkan harga barangan.
Lihat juga Hannah Delisha pelakon dambaan netizen
Sumber: HMetro

You must be logged in to post a comment Login