Taylor's University Dinobat Universiti Ke-4 Terbaik Dunia!!! – EscaBytes
Connect with us

Semasa

Taylor’s University Dinobat Universiti Ke-4 Terbaik Dunia!!!

Published

on

Taylor's University

Taylor’s University merupakan sebuah nama universiti yang tidak asing lagi di Malaysia. Paling mengagumkan apabila menempa nama di mata dunia kerana rekod yang tercipta dari tahun ke tahun.

Universiti Ke-4 Terbaik Dunia!!

Tahniah diucapkan kepada Taylor’s University kerana baru-baru ini telah tersenarai dalam Penarafan Pekerjaan Graduan QS 2019 sebagai universiti ke-4 terbaik di dunia dan terbaik di Asia yang diukur melalui kadar kualiti graduan yang dihasilkan.




Kualiti Graduan Kayu Ukur Kehebatan

Kehebatan sebuah universiti itu bukan setakat diukur dari pencapaian graduan mereka semasa masih belajar sahaja tetapi tentang kualiti graduan yang dihasilkan selepas sahaja mereka tamat belajar dan memasuki dunia pekerjaan yang jauh lebih mencabar.

Naib Canselor dan Presiden Taylor’s University, Profesor Michael Driscoll, menyatakan kegembiraannya atas pengiktirafan ini, yang boleh disifatkan sebagai satu pencapaian besar bagi sebuah universiti baru.

Hasil Kerja Keras Seluruh Kakitangan

Menurut beliau, semua pencapaian ini adalah hasil kerja keras dan dedikasi seluruh kakitangannya selama ini dalam menghasilkan grauduan yang berkualiti tinggi dan mampu berdaya-saing apabila memasuki bidang pekerjaan selepas graduasi.

Dengan hubungan Taylor’s University dan kerjasama dengan pelbagai pihak majikan di Malaysia serta pencapaian hebat melalui sistem ranking QS ini sekaligus menobatkannya sebagai sebuah universiti tertinggi di dalam kelasnya dalam menghasilkan graduan yang berkualiti tinggi.




Sekiranya  ada yang ingin mengasah kemahiran sebagai persediaan untuk menghadapi masa depan, sila hubungi Taylor’s University di 03-5629 5000, e-mel: applications@taylors.edu.my atau layari www.taylors.edu.my untuk maklumat lanjut.

Taylor's University

Kredit: Taylor’s University

Lihat juga berita mengenai Genting Saman Fox dan Disney lebih RM4 Billion

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *