Tempat Makan Kota Damansara Yang Best!! – EscaBytes
Connect with us

Selera

Tempat Makan Kota Damansara Yang Best!!

Published

on

Tempat makan Kota Damansara

Kali ni kita manjakan perut kita dengan tempat makan yang menjadi pilihan admin di Kota Damansara pula. Tempat ini agak baru sikit berbanding kawasan sekitarnya iaitu Petaling Jaya dan Subang Jaya. Kawasan hotspot yang boleh korang cari tempat makan best kat Kota Damansara ni antaranya ialah di area Sunway Giza, Nexis dan The Strand. Pelbagai jenis makanan yang boleh korang jumpa. Yang penting kena pandai pilih kedai ikut bajet masing-masing.

Di sini admin kongsikan beberapa tempat makan best yang patut korang cuba kalau datang ke sini.




 

TEMPAT MAKAN BEST DI KOTA DAMANSARA.

Molecules

Tempat makan

Kafe ni diuruskan oleh peminat tegar kopi. Cakaplah kopi apa yang korang nak semua dia boleh buat, dan kalau diorang tak ada, diorang akan beri beberapa pilihan lain mengikut citarasa korang. Selain dari itu mereka juga menghidangkan roti bagel dan beignets (donut Perancis) segar setiap hari.

Lokasi: Sunway Nexis Kota Damansara

 

Nasi Kerabu Golok




Tempat makan

Kalau inginkan makanan tempatan Nasi kerabu Golok lah tempatnya. Warung ni menjual makanan pantai timur seperti nasi kerabu dan nasi dagang. Nasi Kerabu disini penuh dengan ulam, taugeh, serunding, budu, ayam bakar dan telur masin. Kalau nak lagi boleh tambah solok lada ataupun daging bakar.

Lokasi: Jalan Cecawi 6

 

Peter & Mawar

Tempat makan

Admin kembali ke Sunway Nexis untuk makanan fusion. Kedai Peter & Mawar mempunyai pelbagai hidangan yang menggabungkan rasa barat dan Asia seperti Butter Chicken Massala dengan Cajun Rice. Ayam Tandoori dimasak dalam sos tomato dan sos butter, unik dan sedap!




Lokasi: Sunway Nexis

 

Hameediyah

Tempat makan

Hameediyah adalah salah satu kedai Nasi Kandar yang tertua di Malaysia. Jangan ditanya kenapa admin ke sini sebabnya admin memang hantu nasi briyani disini dengan kuah banjir dan juga murtabaknya. Murtabak disini tebal dan berisi, ia juga dibalut dua kali untuk memastikan lapisan luar tu rangup. Sesetengah kedai lain kau boleh kira berapa hiris bawang tu.

Lokasi: Sunway Nexis




 

Man Laksa

Tempat makan

Jom makan laksa pula di Man Laksa. Warung kecil ni menghidangkan Laksa Kedah asli. Kuahnya pekat dan penuh dengna isi ikan. Laksa dia datang dengan bawang, timun, cili padi dan telur rebus. Dah puas makan laksa tu, kita pekena cendol dia pulak, memang layan.

Lokasi: Dekat dengan Sekolah Seksyen 4, Kota Damansara

 

Cookie Nation

tempat makan

Sukakan benda manis? Pergilah ke Cookie Nation, ada pelbagai biskut manis dan juga ice cream dekat sini. Korang boleh juga gabungkan biskut dan ice cream untuk dijadikan ice cream cookie sandwich. Tengok la gambar tu, admin gabungkan biskut coklat cip dan ice cream raspberry swirl, sedap!

Lokasi: Sunway Nexis

 

Little Yum Yum

Tempat makan

Kedai ni pula mempunyai banyak makanan Nyonya yang best. Cubalah Gulai Tumis Ikan disini, rasa gulai yang masam, pedas dan manis pasti akan menawan hati korang. Paling layan Pandan Chicken dia.

Lokasi: Jalan Teknologi 3/9

 

Tahu Bakar @ Station

Tempat makan

Tempat terakhir kita adalah salah satu snek malam kegemaran orang ramai, Tahu Bakar! Tahu ni dibakar sehingga garing kemudian ditabur dengan sayuran dan sos istimewa. Simple je tapi sedap!

Lokasi: Jalan Teknologi 3/6b

Nasi Ahmad Kota Damansara
tempat makan
Masakan Melayu dari Utara “Nasi Kuning” . Dihidangkan dengan lauk pauk istimewa seperti daging masak hitam, ayam madu, ayam goreng, bawal goreng, kari bawal dan sambal sotong. Nindia!!!
Lokasi: KB 25,Jalan Cecawi 6/19A

Kota Damansara ni memang banyak kedai makan. Yang admin share ni pun rasanya beberapa kerat je. Apa-apa pun, diharapkan admin dah berjaya membantu korang dalam melunaskan hajat hujung bulan korang. Jangan lupa sambung meja ya…

 

Kepada peminat popia, boleh baca disini

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selera

Makanan Rare Pilihan Orang Malaysia!!

Published

on

makanan rare

Memang dah jadi kebiasaan orang Malaysia kalau ade makanan rare atau viral. Sekali viral je sesuatu tempat makan tu mesti kompem ramai yang sanggup beratur panjang. Silap-silap korang pun pernah buat kan?Kebanyakan rakyat Malaysia ni memang kreatif bak kata Tuan Penasihat 20%, otak geliga. Tak hairanlah kalau ada banyak makanan dengan bahan-bahan yang korang tak pernah terfikir dijadikan sajian. Paling memeranjatkan bila hidangan ni sedap pulak kena dengan tekak! Maka admin dengan berbesar hati menyenaraikan 5 makanan dengan bahan yang rare tapi sedap. Selamat mencuba gaiss!!!

1. Kaki Ayam

makanan rare

Kepada peminat tegar kaki ayam, ia memang sedap jika dimasak sup, goreng, sambal atau kari untuk dicicah dengan roti canai. Tapi bagi korang yang tidak menggemari kaki ayam ni, korang mesti rasa pelik dengan penggemar kaki ayam ni.




Nampak macam pelik je kan tapi kalau korang nak tau kaki ayam ni mempunyai banyak khasiat tau. Khas buat wanita, ia mempunyai kolagen untuk mengekalkan keremajaan kulit. Bukan tu je, kaki ayam ni juga baik untuk membendung sendi tulang yang rapuh. Maka, lepas ni kalau pergi makan roti canai jangan lupa pesan kaki ayam sekali. Deyy mamak, kaki ayam ikat tepi satu!!!

2. Sup torpedo

makanan rare

Nama samaran diberi ialah torpedo. Nama sebenarnya ialah zakar lembu. Siapa yang suka lepak mamak mesti tau yang sup torpedo ni merupakan antara juadah wajib kat kedai mamak.

Sup ni memang betul-betul berkhasiat buat kaum lelaki. Ia dikatakan mampu meningkatkan kesihatan lelaki. Tapi tak la sahih ke tak. Korang kenalah cuba sendiri kat kedai mamak.

3. Semua nak bedal dengan cheesee

makanan rare

Trend makan dengan cheese ni bermula tahun 2016, apabila pisang goreng crispy dihidangkan dengan hirisan cheese. Lepas je viral pasal pisang tu, habis semua hidangan dorang nak bubuh cheese sebagai penambah selera.




Macam la makanan ada cheese sekarang. Antaranya ayam goreng cheese, nasi goreng cheese, murtabak cheese, nan cheese dan yang terbaru minuman milo turut ditambah cheese. Euuuwww…what you talking bout!!!

4. Ayam Goreng KFC bersalut parmesan dan truffle

makanan rare

Baru-baru ni KFC buat kita kecewa dengan menaikkan harga dorang. Tapi takpelah. Bertabahlah menghadapi liku-liku kehidupan. Walau bagaimanapun, KFC mengubati luka pelanggannya dengan perkenalkan KFC Parmesan Truffle Crunch.

Ayam goreng Hot and Spicy tu dihidangkan dengan sos  parmesan  truffle dengan hirisan keju parmesan. Pada korang yang tak pernah cuba, baik korang serbu KFC cepat sebab hidangan ni untuk waktu yang terhad je tau!

5. Telur asin dalam pencuci mulut

makanan rare

Last but not least bak kata omputeh, telur asin atau salted egg semakin digemari rakyat Malaysia. Kalau dulu korang makan salted egg ni dengan nasi kerabu. Tapi sekarang salted egg ni dah melalui proses inovasi tahap dewa dengan disebatikan dalam macam-macam hidangan.




Antara hidangan yang mula popular ialah donut, puding dan ais krim yang dicampur dengan salted egg. Emm.. Sedapnya. Rupanya orang Malaysia ni kreatif sangat kalau bab makanan, patutlah diorang sanggup beratur panjang kalau ada makanan-makanan best ni. Lepas ni beraturlah pulak korang masuk toilet ye…..

Continue Reading

Selera

Apam Balik Triple Q Hidangkan 46 Perisa

Published

on

apam balik

Alamakk, tergugat dibuatnya bila dengar ada 46 perisa apam balik. Biar betul??? Dengar pun macam tak masuk akal je kan tapi itulah kelainan dan “rahsia” di sebalik kekuatan pengusahanya bagi memikat hati pelanggan.

Apam Balik

Menu yang terdapat di Apam Balik Triple Q

Pengusaha apam balik Triple Q, Zulkiffli Lailee, 41, berkata, semua perisa yang dihasilkan itu daripada permintaan dan maklum balas pelanggan di gerainya di Jalan Datuk Ismail Hashim, Relau. Antara perisa yang ditawarkan ialah apam balik serunding keju, sambal bilis garing dan telur bersama keju antara menu unik yang laris dan menjadi pilihan pelanggan.




apam balik

Runtun jiwa tengok gambar apam balik ni~

Menu unik itu membolehkan Zulkiffli menjual 600 apam balik sehari pada harga RM1 hingga RM7 sebiji dengan bantuan dua pekerja. Zulkifli memberitahu, perniagaan yang diwarisi daripada bapanya sejak 2015 hanya ada perisa asli ditabur kacang serta jagung manis sebelum dia menyedari perubahan selera pelanggan lalu cuba menggabungkan keju serta coklat dan mendapat sambutan.

apam balik

Nahh…perisa serunding pun adaaa….

Beliau juga memberitahu ada juga perisa itu ditemui secara tidak sengaja ketika tersalah mencampur bahan ke dalam hidangan. Makin hari makin banyak perisa baru yang tercipta. Antaranya ialah pepperoni piza, telur ayam, telur sosej dan oreo selain menggantikan keju biasa dengan keju mozzarella.

apam balik

Nampak mcm dia tapi bukan dia…hehehe~

Antara perisa lain yang boleh pelanggan nikmati termasuk keju dan butterscotch, gula merah, strawberi, bijian coklat, sosej, nutella, pisang dan yang terbaharu ialah karbonara bersama keju.

apam balik

Tak kira apa bangsa, memang apam balik Triple Q ni sesuai untuk semua rakyat Malaysia…

Sebelum ini, Zulkifli membuka kedainya pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Dek kerana sambutan memberangsangkan, Zulkifli mengambil keputusan untuk membukanya setiap hari. Beliau juga turut membuka cawangan di Bayan Lepas. Malah melatih pekerjanya membuka cawangan sendiri di Bagan Serai, Taiping dan Ipoh di Perak.




apam balik

Beliau sempat berpesan kepada golongan muda supaya mengambil peluang membuka perniagaan mengikut permintaan semasa bagi menjana pendapatan.

Selain menghasilkan sendiri jagung manis, Zulkiffli turut menjual adunan apam balik sejuk beku yang boleh bertahan selama tiga bulan.

Nampaknya, bertambah lagi lah tempat untuk “manjakan” perut kita. Jangan risau, sehari korang cuba la satu perisa. Dalam masa 46 hari kompem habis semua perisa tu korang cuba. Melainkan Zulkifli ni tambah lagi perisa baru la. Memang kena buat jadual waktu melawat Apam Balik Triple Q la jawabnya…

 

Kepada penduduk Shah Alam, artikel ini dipercayai mampu membawa perut anda ke selera yang betul.

Continue Reading

Selera

KitKat Teh Tarik: Perisa Sensasi Terbaru Pasaran Malaysia

Published

on

By

kitkat-teh-tarik

KitKat Teh Tarik atau Teh Susu menjadi sensasi netizen dengan perisa terbaru yang amat sinonim dan dekat dengan rakyat Malaysia. Kit Kat adalah konfeksi wafer dalam bentuk jejari yang dibungkus coklat dengan pembalut merah. Ia dibuat dan diedarkan oleh Nestlé untuk pasaran dunia.

kitkat-teh-tarik

Siapa yang tidak suka minum teh tarik? Pergi sahaja ke kedai mamak, pasti minuman teh tarik menjadi salah satu minuman kegemaran. Buih dari kesan teh yang ‘tarik’ cukup untuk membuatkan kita terliur. Ia juga turut disajikan bersama ais menjadikan ia teh ais ikat tepi! Kaw kaw sedap!




kitkat-teh-tarik

KitKat mencipta rasa Duo Milk Tea untuk pasaran Malaysia an Singapura. Ia boleh didapati secara eksklusif di pasaraya Giant dan Petronas Mesra di seluruh negara. Pastinya peminat coklat tidak akan melepaskan peluang untuk merasa KitKat Teh Tarik ini.

kitkat-teh-tarik

Dikatakan ramai yang sudah mendapatkan Kitkat Teh Tarik ini. Malah ada yang berebut-rebut sehingga KitKat perasa ini kehabisan stok. Ibarat pecah panggung Hantu Kak Limah! Diharapkan tiada insiden yang tidak menyenangkan berlaku.

kitkat-teh-tarik

Sumber Says   

Continue Reading

Trending

'Like' Facebook Page Escabytes