The Bos Gaurus Tamatkan Kemarau 18 Tahun!!!! – EscaBytes
Connect with us

Sukan

The Bos Gaurus Tamatkan Kemarau 18 Tahun!!!!

Published

on

The Bos Gaurus

The Bos Gaurus berjaya menamatkan kemarau 18 tahun Piala Malaysia selepas menewaskan Terengganu FC semalam. Kejayaan itu dirangkul menerusi penentuan penalti selepas terikat 3-3 dalam tempoh 120 minit. Ia sekali gus menambah gelaran kelapan buat pasukan Perak sebagai juara Piala Malaysia.

Bukan itu sahaja, kemenangan ini sangat bermakna buat penyokong The Bos Gaurus selepas skuad itu terpaksa bangkit selepas ketinggalan dua gol pada separuh masa pertama. Malah sekali lagi ketinggalan pada masa tambahan sebelum mengheret perlawanan ke sepakan penalti penentuan.




Dalam perlawanan semalam, dilihat mutu pengadilan yang sangat teruk oleh pengadil, Suresh Jayaraman yang gagal mengawal perlawanan. Dua kad merah yang dilayangkan pengadil, Suresh Jayaraman masing masing satu kepada pemain TFC dan Perak di pentas akhir yang boleh dipersoalkan juga telah mencemari aksi berprestij itu.

The Bos Gaurus

PENYOKONG pasukan Perak meraikn kemenangan pasaukan perak selepas menewaskan pasukan terengganu ketika Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2018 Perak menentang Terengganu di Stadium Shah Alam. FOTO/AIZAT FAUZI

Pada awal sepak mula semalam, The Bos Gaurus dikejutkan oleh Terengganu  apabila kesilapan pertahanan, Mohd Idris Ahmad yang cuba menghantar bola ke belakang membawa padah.  Bola itu telah disambar pantas oleh Tchetche Kipre yang kemudiannya mudah menewaskan Mohd Hafizul Hakim untuk gol pembukaan seawal minit pertama.

Selepas itu, tercetus kontroversi apabila jaringan pemain tengah Perak, Leandro Dos Santos pada minit ke-32 dibatalkan Suresh. Kononnya pemain itu dikatakan mengasari Mohd Suffian walaupun apabila dilihat semual ianya tidak langsung kelihatan berlaku kekasaran oleh pemain tersebut terhadap Mohd Suffian.

Perak sekali lagi dihukum akibat kesilapan mudah dengan memberikan gol percuma kepada Terengganu apabila Hafizul sekadar ‘menendang angin’. Kesempatan itu telah diambil oleh Kipre yang kemudiannya menolak masuk ke arah gawang ternganga pada minit ke-42.




Bak kata pepatah, genggam bara sampai jadi abu, Perak dilihat telah disuntik dengan semangat baharu apabila mereka berjaya merapatkan kedudukan seminit selepas rehat menerusi penyudah yang cantik oleh Mohd Firdaus Saiyadi.

Walau bagaimanapun, perlawanan bertukar haru-biru apabila berlaku pergaduhan pada minit ke-56 sehingga menyaksikan Gilmar dilayangkan kad kuning kedua sekali gus diperintahkan keluar padang. Selang 10 minit selepas itu, Lee Tuck pula berdepan nasib sama apabila ‘dihadiahkan’ kad merah oleh pengadil itu.

The Bos Gaurus

TFC dilihat berada di ambang kemenangan, namun Brendan Gan menafikannya apabila mengikat kedudukan 2-2 menerusi rembatan jarak jauh pada minit pertama masa tambahan separuh masa kedua.

Mohd Faiz Nasir menceriakan TFC apabila meledak gol ketiga pada separuh masa pertama masa. Namun kegembiraan itu hanya sementara apabila TFC memberikan ‘hadiah’ kepada Perak dengan jaringan sendiri Igor Zonjic pada minit akhir sehingga memaksa perlawanan berlanjutan sehingga sepakan penentuan penalti.




Dalam penentuan sepakan penalti, Penjaga gol, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy muncul wira Perak apabila menyelamatkan dua sepakan penalti sekali gus membolehkan pasukan itu mengungguli penentuan penalti 4-1.

Sedikit info mengenai pasukan bola sepak Perak yang telah merangkul kejuaraan kali ke-8 Piala Malaysia:

  • 🏆1926
  • 🏆1931
  • 🏆1957
  • 🏆1967
  • 🏆1970
  • 🏆1998
  • 🏆2000
  • 🏆2018

TAHNIAH The Bos Gaurus kami ucapkan!!!

 

Lihat juga berita mengenai Penyokong Skuad Penyu Kecewa Tiket Terhad




Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.