Timbalan Menteri Pecat Pegawai Skodeng 'Bawah' Skirt Amoi – EscaBytes
Connect with us

Semasa

Timbalan Menteri Pecat Pegawai Skodeng ‘Bawah’ Skirt Amoi

Published

on

Share the News!

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman telah memecat serta-merta seorang lelaki yang merupakan pegawainya yang merakam video ‘bawah’ skirt wanita Cina. Video viral itu menunjukkan lelaki tersebut merakam atau skodeng ‘bawah’ skirt amoi. Kejadian itu berlaku di sebuah kedai Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur baru-baru ini. Alamakk, ape sudah jadi ni??

Keputusan pemecatan serta-merta pegawai tersebut diambil kerana menjejaskan imej dan kredibilitinya selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri dan pejabat Timbalan Menteri.




Wanita Cina yang berusia 30 tahun membuat laporan polis selepas menyedari lelaki tersebut merakam video bahagian bawah skirtnya. Malah, video perbuatan keji lelaki itu berdurasi selama 1 minit 46 saat turut tular di Facebook.

Timbalan Menteri Pecat Pegawai Skodeng Bawah Skirt Amoi

Kejadian tersebut berlaku di sebuah kedai Publika, Solaris Dutamas

Mangsa, yang hanya mahu dikenali sebagai Khee berkata, kejadian itu berlaku ketika dia membuat pemeriksaan mata menteri berkenaan. Katanya, ketika pemeriksaan dilakukan terhadap Azis, lelaki berkenaan mengubah kedudukan kerusi dan duduk rapat menghampirinya di bahagian belakang sambil memegang telefon bimbit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy mengesahkan menerima laporan daripada wanita berkenaan dan sedang menyiasat kes itu.

Alahai, macam dah takde kerja lain je orang sekarang ni. Dah elok-elok kerja pergi buat hal tak senonoh pulak. “Alamak, ade CCTV pulakkk…jahanam aku!!”




 

Untuk mengetahui berita penuh mengenai larangan merokok di restoran terbuka, klik disini

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply