Semasa
Tony Hawk: Jangan Putus Asa Fatin Syahirah

“Jangan putus asa!” itulah yang ditulis oleh Lagenda Papan Selaju (Skateboard) Dunia, Tony Hawk kepada Fatin Syahirah. Beliau menulis komen di Instagram Fatin selepas dia memuatnaik gambar ucapan terima kasih atas sokongan positif yang diterimanya. Netizen memberi komen negatif terhadap atlet papan selaju negara berhubung aksi yang kurang memberangsangkan di Sukan Asia 2018.
Tony Hawk dilihat bersimpati kepada nasib Fatin dan menyarankan agar tidak mendengar kritikan daripada pembenci (haters). Berikut adalah imej komen Tony Hawk di Instagram:
Lihat juga Sukan Layar Negara Tambah Kilauan Emas Ke-6 Negara
Admin alihbahasa ke Bahasa Malaysia seperti dibawah:
Jangan putus asa! Jika saya mendengar kritikan pembenci sepanjang hidup saya, mesti saya berhenti bermain papan selaju dengan lebih awal lagi. Mereka sebenarnya berasa takut pada diri sendiri kerana tidak mempunyai keberanian untuk mengejar impian. Awak boleh menjadi sumber inspirasi kepada generasi baru pemain papan selaju Malaysia.
Diharap Fatin Syahirah tidak mudah goyah dengan kritikan dan teruskan usaha mengejar impian. Sebenarnya tidak mudah untuk mahir dalam acara sukan ini. Ia memerlukan kesabaran dan kecekalan yang tinggi untuk setanding dengan pemain papan selaju professional yang lain.

You must be logged in to post a comment Login