Tun M Kecewa, Sedia Letak Jawatan Jika Perlu – EscaBytes
Connect with us

Automotif

Tun M Kecewa, Sedia Letak Jawatan Jika Perlu

Published

on

Tun M

Tun M hari ini meluahkan rasa kecewanya dengan sikap pemandu teksi yang enggan mendengar penjelasannya berkaitan isu e-hailing. Kekecewaannya itu sehingga membuatkan beliau ingin meletak jawatan jika ada pihak yang tidak mahu lagi beliau sebagai perdana menteri.

Kejadian itu berlaku apabila kira-kira 10 pemandu teksi bertindak mengeluarkan kata-kata kesat dalam satu sesi dialog yang diadakan bersama perdana menteri di Langkawi.




Sesi dialog itu dihadiri hampir 200 pemandu teksi yang mendakwa pendapatan mereka terjejas ekoran perkhidmatan Grab yang dikatakan ‘mencuri’ pelanggan mereka, lapor Berita Harian.

Nak Tolong Tapi Tad Ada Bantuan

“Saya nak tolong tapi kalau tak ada bantuan…saya pun tak boleh tolong juga. Kalau tak percaya saya boleh buat, buat sendiri. Tengok apa yang jadi.

“Saya bukan nak jadi Perdana Menteri, saya dah bersara…orang panggil balik, jadi saya datang.

“Kalau tak nak saya jadi Perdana Menteri, saya hari ini letak jawatan. Tak ada masalah bagi saya,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Sebelum kejadian itu, Tun M berkata Grab akan diminta menggunakan kenderaan yang diluluskan kerajaan. Mereka juga perlu membayar insuran serta cukai sama seperti teksi bagi memastikan persaingan yang adil.

Bangkitkan Isu Ini Di Kabinet

“Saya pernah membangkitkan perkara ini dalam kabinet. Saya beritahu Menteri (Pengangkutan) supaya memperbetulkannya, tetapi malang sehingga kini tiada kemajuan langsung.

Sementara itu, majlis perjumpaan itu kecoh apabila beberapa orang anggota persatuan bertindak biadap keluar majlis dan berteriak kerana tidak setuju dengan pandangan beliau berhubung perkhidmatan e-panggilan, Grab.

Sekitar 10 pemandu teksi itu berteriak dan mengeluarkan kata-kata kesat sambil berjalan keluar selepas perdana menteri berkata beliau akan terus mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu berkenaan demi manfaat semua pihak.




Kekecohan itu berlaku sekitar dua minit sebelum reda. Bersabarlah atuk, dunia tak selalunya indah…..

 

Lihat juga berita mengenai Sultan Ibrahim Iskandar – Jangan Memilih Kerja

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.