Tutup Aurat: Hadi Awang Tegur Syed Saddiq "Jangan Over" – EscaBytes
Connect with us

Sukan

Tutup Aurat: Hadi Awang Tegur Syed Saddiq “Jangan Over”

Published

on

tutup aurat

Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi respon terhadap pendirian Syed Saddiq mengenai isu tutup aurat dalam kalangan atlet. Ia gara-gara pendirian Menteri Belia dan Sukan itu yang membuat kenyataan tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan Terengganu yang akan mewajibkan pemain bola negeri itu unutk tutup aurat ketika beraksi.

England dan Perancis pun tak halang…

tutup aurat

Hadi Awang juga berkata dia tidak melihat ada masalah untuk arahan pemakaian menutup aurat bagi atlet bola sepak dilaksanakan.




Tambahnya lagi, kelab bola sepak seperti England dan Perancis tidak menghalang pemain untuk mengamalkan ajaran agama. Jadi, menteri itu tidak sepatutnya ‘berlebih-lebihan’.

Setahu saya kelab bola sepak England dan Perancis membenarkan pemain Islam mengamalkan ajaran agama. Jangan dia (Syed Saddiq) lebih daripada England dan Perancis sudahlah.

Dilaksana secara beransur

tutup aurat

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan Dan NGO Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, dasar pelaksanaan patuh syariah itu bagaimanapun hanya terpakai kepada pemain bola sepak beragama Islam sahaja.

Kita akan pastikan semua pemain memakai pakaian yang menutup aurat dalam semua perlawanan sama ada di Terengganu atau di luar sementara pemain yang bukan beragama Islam, kita hanya galakkan mereka untuk mengikuti jejak pemain beragama Islam.

Bagaimanapun, arahan itu akan dibuat secara beransur dan tidak mendadak membabitkan semua atlet.

Dari sudut pelaksanaan, kita akan lakukannya secara beransur-ansur dan bukan dengan perubahan drastik yang melibatkan keseluruhan (semua atlet).

Sumber: Sinar HarianKosmo!




 

Lihat juga berita mengenai Hasnul Umum Letak Jawatan Presiden PAFA

Sukan

Hasnul Umum Letak Jawatan Presiden PAFA

Published

on

Hasnul

Setelah pasukan Perak berjaya menjulang Piala Malaysia, foto Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim posing dengan piala berprestij itu di celahan kangkangnya telah tersebar luas.

Hasnul

Foto yang mendapat kecaman hebat daripada ramai pihak. Mereka berpendapat tindakan itu tidak wajar dilakukan.

Desakan demi desakan dibuat oleh pelbagai pihak supaya Hasnul meletakkan jawatannya. Namun, Hasnul kemudiannya membuat kenyataan media untuk mempertahankannya.




Umum Letak Jawatan

Akhirnya Hasnul telah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai presiden persatuan itu semalam. Pengumuman mengejutkan itu dibuat Hasnul pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Eksekutif PAFA. Walau bagaimanapun, dia masih belum menyerahkan surat peletakan jawatan itu.

Hasnul

Beri Tumpuan Kerjaya Politik

Menurut Hasnul, keputusan yang diambilnya itu bukanlah atas desakan mana-mana pihak. Ia dilakukan kerana mahu memberikan lebih tumpuan kepada kerjaya politik dan tugas sebagai seorang pemimpin di DUN Titi Serong.

Sebab-sebab perletakkan jawatan ini, saya fikir ada fokus lebih besar untuk saya sebagai seorang pemimpin kerajaan negeri dan juga kerjaya politik.

Tidak ada desakan daripada mana-mana pihak. Cuma saya memikirkan ada sesuatu yang saya perlu fikirkan secara positif. Sejak menilai seminggu dua ini, penumpuan kerja saya agak sedikit terganggu.

Fokus saya (kepada PAFA) tidak pernah hilang, sehinggalah kepada lewat sehari dua ini, saya kira perlu melakukan sesuatu. Sukan ini perlu diteruskan dengan cara yang lebih sihat.

Tidak ada unsur-unsur yang cuba menyakiti pihak lain, dan saya tegaskan kami yang berada di sini tiada kepentingan peribadi dalam menerajui PAFA.

Janji Telah Ditunaikan

Hasnul

Tambahnya lagi, tempoh diberi jawatan itu selama hanya lima bulan merupakan tempoh yang cukup mencabar untuknya. Dia turut menegaskan telah menunaikan janjinya membawa Piala Malaysia ke Perak seperti dinyatakan dalam satu sidang media.

Tempoh lima bulan yang saya menerajuinya (PAFA) ialah satu tempoh yang sangat mencabar, satu pengalaman hidup yang sukar diperolehi oleh mana-mana orang.

Ketika saya memegang jawatan ini dalam sidang media pertama saya, saya (mengatakan) ingin membawa pasukan Perak ke perlawanan akhir Piala Malaysia. Saya kira saya telah melaksanakannya, dan pada masa yang sama siapa sangka Perak menjuarai Piala Malaysia setelah 18 tahun kita menagih piala itu ke bumi Perak.

Apa-apa pun, diharapkan ia menjadi satu pengajaran kepada YB supaya fikirlah dulu sebelum buat apa-apa tindakan. Paling penting sekali bila nak update apa-apa status di media sosial. Ate teman pun idak ler setuju YB buat rope itu. Mne maunye piala tu diletak kt celah kangkang mike. Nasib ler mike tak bubuh gulai tempoyak dalam piala tu….




 

Berita berkaitan: The Bos Gaurus Tamatkan Kemarau 18 Tahun!!!!

Continue Reading

Sukan

Hafizh Syahrin Sujud Syukur, Bukan Sujud Sahwi Laa

Published

on

hafizh

Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-10 di acara Malaysian Motorcycle Grand Prix. Walaupun Hafizh bermula dari petak paling belakang namun ia sedikit pun tidak menggugat semangatnya untuk terus berjuang sehingga berjaya menamatkan perlumbaan dengan keputusan yang membanggakan seluruh rakyat Malaysia.

Namun, apa yang menarik perhatian admin adalah ulasan yang dibuat pengulas sukan TV1 ini sangat lucu. Sebuah video yang dimuat naik di laman Twitter menyaksikan siaran langsung perlumbaan tersebut berlatar suara pengulas sukan tersasul ayat ‘sujud sahwi’. Ternyata video ini mendapat 9.2ribu Retweet dan respon lucu netizen.




Sujud Sahwi Abah Ko

Bukan Sujud Sahwi Oiii

Lupa Satu Lap Sujud Sahwi

Lupe Sujud Sahwi Subuh Tadi

Sah Ke Sujud Sahwi Pakai Helmet?

Semoga pengulas sukan TV1 tidak lupak sujud sahwi kalau tertinggal rakaat dalam solat ye…

 

Lihat juga berita mengenai Hafizh Raih Kedudukan 10 Terbaik GP Jepun

Continue Reading

Sukan

The Bos Gaurus Tamatkan Kemarau 18 Tahun!!!!

Published

on

The Bos Gaurus

The Bos Gaurus berjaya menamatkan kemarau 18 tahun Piala Malaysia selepas menewaskan Terengganu FC semalam. Kejayaan itu dirangkul menerusi penentuan penalti selepas terikat 3-3 dalam tempoh 120 minit. Ia sekali gus menambah gelaran kelapan buat pasukan Perak sebagai juara Piala Malaysia.

Bukan itu sahaja, kemenangan ini sangat bermakna buat penyokong The Bos Gaurus selepas skuad itu terpaksa bangkit selepas ketinggalan dua gol pada separuh masa pertama. Malah sekali lagi ketinggalan pada masa tambahan sebelum mengheret perlawanan ke sepakan penalti penentuan.




Dalam perlawanan semalam, dilihat mutu pengadilan yang sangat teruk oleh pengadil, Suresh Jayaraman yang gagal mengawal perlawanan. Dua kad merah yang dilayangkan pengadil, Suresh Jayaraman masing masing satu kepada pemain TFC dan Perak di pentas akhir yang boleh dipersoalkan juga telah mencemari aksi berprestij itu.

The Bos Gaurus

PENYOKONG pasukan Perak meraikn kemenangan pasaukan perak selepas menewaskan pasukan terengganu ketika Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2018 Perak menentang Terengganu di Stadium Shah Alam. FOTO/AIZAT FAUZI

Pada awal sepak mula semalam, The Bos Gaurus dikejutkan oleh Terengganu  apabila kesilapan pertahanan, Mohd Idris Ahmad yang cuba menghantar bola ke belakang membawa padah.  Bola itu telah disambar pantas oleh Tchetche Kipre yang kemudiannya mudah menewaskan Mohd Hafizul Hakim untuk gol pembukaan seawal minit pertama.

Selepas itu, tercetus kontroversi apabila jaringan pemain tengah Perak, Leandro Dos Santos pada minit ke-32 dibatalkan Suresh. Kononnya pemain itu dikatakan mengasari Mohd Suffian walaupun apabila dilihat semual ianya tidak langsung kelihatan berlaku kekasaran oleh pemain tersebut terhadap Mohd Suffian.

Perak sekali lagi dihukum akibat kesilapan mudah dengan memberikan gol percuma kepada Terengganu apabila Hafizul sekadar ‘menendang angin’. Kesempatan itu telah diambil oleh Kipre yang kemudiannya menolak masuk ke arah gawang ternganga pada minit ke-42.




Bak kata pepatah, genggam bara sampai jadi abu, Perak dilihat telah disuntik dengan semangat baharu apabila mereka berjaya merapatkan kedudukan seminit selepas rehat menerusi penyudah yang cantik oleh Mohd Firdaus Saiyadi.

Walau bagaimanapun, perlawanan bertukar haru-biru apabila berlaku pergaduhan pada minit ke-56 sehingga menyaksikan Gilmar dilayangkan kad kuning kedua sekali gus diperintahkan keluar padang. Selang 10 minit selepas itu, Lee Tuck pula berdepan nasib sama apabila ‘dihadiahkan’ kad merah oleh pengadil itu.

The Bos Gaurus

TFC dilihat berada di ambang kemenangan, namun Brendan Gan menafikannya apabila mengikat kedudukan 2-2 menerusi rembatan jarak jauh pada minit pertama masa tambahan separuh masa kedua.

Mohd Faiz Nasir menceriakan TFC apabila meledak gol ketiga pada separuh masa pertama masa. Namun kegembiraan itu hanya sementara apabila TFC memberikan ‘hadiah’ kepada Perak dengan jaringan sendiri Igor Zonjic pada minit akhir sehingga memaksa perlawanan berlanjutan sehingga sepakan penentuan penalti.




Dalam penentuan sepakan penalti, Penjaga gol, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy muncul wira Perak apabila menyelamatkan dua sepakan penalti sekali gus membolehkan pasukan itu mengungguli penentuan penalti 4-1.

Sedikit info mengenai pasukan bola sepak Perak yang telah merangkul kejuaraan kali ke-8 Piala Malaysia:

  • 🏆1926
  • 🏆1931
  • 🏆1957
  • 🏆1967
  • 🏆1970
  • 🏆1998
  • 🏆2000
  • 🏆2018

TAHNIAH The Bos Gaurus kami ucapkan!!!

 

Lihat juga berita mengenai Penyokong Skuad Penyu Kecewa Tiket Terhad




Continue Reading

Trending

'Like' Facebook Page Escabytes