UTC Hanya Beroperasi Sehingga 7 Petang – EscaBytes
Connect with us

Semasa

UTC Hanya Beroperasi Sehingga 7 Petang

Published

on

Bermula dari 1 Januari 2019, waktu operasi Pusat Transformasi Bandar (UTC) hanya akan beroperasi bermula dari jam 8 pagi sehingga 7 petang sahaja dan hari beroperasi kekal dari Isnin hingga Ahad.

Tidak Ganggu Penyampaian Perkhidmatan

Ketua Setiausaha Perbendaharaan berkata, kerajaan komited dalam memastikan rakyat dapat menikmati perkhidmatan yang pelbagai disediakan dan pertukaran waktu itu seharusnya tidak mengganggu penyampaian perkhidmatan di UTC.




Perbelanjaan Kerajaan Lebih Efisien

Pengurangan itu juga dijelaskan kerana kehadiran pelanggan hanya 11% selepas pukul 7 malam. Ia juga bagi memastikan perbelanjaan kerajaan adalah efisien iaitu menyampaikan perkhidmatan cekap tanpa pembaziran waktu dan tenaga.

UTC
Pada pendapat admin, sepatutnya tempoh operasi ni dipanjangkan lagi. Bukan dipendekkan seperti yang dibuat ni. Bukan semua orang ada masa nak berurusan semasa waktu kerja.
Kebanyakannya kerja dan hanya ada masa selepas habis kerja. Admin sendiri pun selalu ke UTC ni atas pukul 7 petang sebab takde masa nak pergi masa waktu kerja. Sepatutnya kerajaan kena ambil kira perkara ni. Bukan ikut suka kepala otak sendiri je. Kalau macam tu baik tutup je UTC tu. Biar semua orang pergi ke jabatan Kerajaan sedia ada. Nak jimat kos sangat kan…Akai takdak!!!!

Hiburan

Ed Sheeran Datang Malaysia Lagi!

Published

on

By

Menurut sumber, Ed Sheeran akan datang ke Malaysia sekali lagi konsert solonya 2019, ia akan menjadi salah satu konsert terbesar tahun ini. Peminat-peminat beliau di Malaysia pasti tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan konsert tersebut.

Ed Sheeran yang sebelum ini pernah mengadakan konsert di Axiata Arena di Bukit Jalil pada 2017. Untuk 13 April 2019 ini, beliau akan membuat persembahan di Stadium Nasional Bukit Jalil yang mempunyai kapasiti penonton yang lebih besar.




Persembahan di Kuala Lumpur ini adalah antara siri jelajah Ed Sheeran untuk Asia 2019. Beliau juga bakal beraksi di Tokyo, Seoul, Osaka, Singapura, Bangkok dan Jakarta.

Sama seperti yang sebelumnya, konsert yang akan datang ini adalah sebahagian daripada Divide Tour. Tiket untuk konsert ini di Kuala Lumpur akan dijual pada jam 10 pagi pada hari Selasa, 15 Januari 2019 melalui prworldwidelive.com dan myticket.asia.

Lihat juga: Hannah Delisha pelakon dambaan netizen

Sumber: Star




Continue Reading

Politik

Mohd Sabu: Saya Tidak Akan Melindungi (dia) Daripada Undang-undang

Published

on

By

Mohamad Sabu, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) sekali lagi menegaskan beliau tidak akan melindungi anak lelakinya, Ahmad Saiful Islam Mohamad, 31 tahun, yang ditahan kerana positif ganja baru-baru ini daripada undang-undang. “Tidak ada masalah, itu kita serah kepada undang-undang. Saya tidak akan melindungi (dia) daripada undang-undang. Saya serah kepada pihak polis.”

“Macam anak orang lain juga, tiada yang istimewa. Kami menteri sekarang bukan nak lindungi anak-anak,” katanya. Mohamad Sabu yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian ketika ditanya berhubung isu penangkapan anaknya itu, sama ada ia akan menjejas peluang Pakatan Harapan (PH) dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.




Katanya, isu itu tidak akan menjadi liabiliti untuk PH meraih kemenangan dalam PRK 26 Jan nanti. Tambahnya lagi, tidak ada masalah bagi jentera PH untuk memenangi hati dan peratusan undi pengundi, terutama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai yang disandang oleh Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail.

Ditanya mengenai keyakinan pengundi di Felda Sungai Koyan akan menyokong PH, Mohamad yakin kawasan itu akan menyaksikan peratusan tinggi undi berikutan peti undi di kawasan itu mencatat kemenangan tipis iaitu 44 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.

“Kita akan tumpu dari rumah ke rumah kerana kita yakin isu yang akan mereka (pembangkang) mainkan adalah isu perkauman yang kita tahu banyak yang tak betul,” katanya.

PRK Cameron Highlands diadakan berikutan keputusan Mahkamah Pilihan Raya bahawa kemenangan calon MIC Datuk C. Sivarrajh dalam PRU14 adalah terbatal.




Lihat Juga: Tarif Air Dijangka Naik!!

Sumber: Astro Awani

Continue Reading

Politik

Tarif Air Dijangka Naik Tahun Ini – Menteri

Published

on

By

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr A Xavier Jayakumar berkata bahawa kenaikan tarif air perlu dilaksanakan bagi menjaga kepentingan pengguna untuk mendapatkan air berkualiti serta menjamin industri berkenaan daripada sudut perkhidmatan.

Kadar tarif air mungkin akan dinaikkan secara berperingkat tahun ini selaras dengan usaha kerajaan untuk menstruktur semula industri perkhidmatan bekalan air di negara ini.




Lepas ni kira boleh minum terus dari dari paip la ya? Tak payah pakai Coway ke, Cuckoo ke?

Dr A Xavier Jayakumar juga menjamin bahawa kenaikan ini tidak akan membebankan rakyat dan kami akan berunding dengan semua (kerajaan) negeri. Beliau menambah lagi, kementeriannya bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sedang berunding dengan beberapa kerajaan negeri untuk mendapatkan persetujuan semua pihak sebelum dilaksanakan.

“Kita telah mengemukakan ‘business plan’ kepada mereka (kerajaan negeri). Sekarang kerajaan negeri berbincang antara mereka…ada tanda menunjukkan mereka (kerajaan negeri) setuju untuk menaikkan tarif air,” katanya. Kenaikan kadar tarif air masih belum ditetapkan kerana setiap negeri mempunyai kadar tarif yang berbeza, tambah beliau.

Apakah business plan itu? Rakyat perlu tahu untuk menjustifikasi kenaikan kadar air ini. Dah la gaji naik sikit, harga barang naik, air pun naik juga. Tukar kepada SST pun tidak dapat kurangkan harga barangan.




Lihat juga Hannah Delisha pelakon dambaan netizen

Sumber: HMetro

Continue Reading

Trending

'Like' Facebook Page Escabytes