Review: Video Kahwin Hadi Dan Farah (Kena Kecam) – EscaBytes
Connect with us

Viral

Review: Video Kahwin Hadi Dan Farah (Kena Kecam)

Published

on

Tular dimedia sosial apabila seorang pengantin meluahkan perasaan kecewa melalui laman Instagram miliknya. Beliau kecewa kerana hasil video perkahwinannya (Hadi dan Farah) yang disunting atau ‘edit’ dengan tidak masuk akal!

Farah Nisa membuat Instagram Story dan mengkritik hasil kerja penyunting dan videografer yang diupah untuk majlis pernikahan dan persandingannya. Dikatakan majoriti netizen yang melihat video ini memberi mengecam video ini. Boleh lihat ‘Wedding Video Hadi dan Farah’ dibawah.




Mari kita review sedikit video ini!

Secara keseluruhan, admin rasa videografer dan penyunting ingin membuat kelainan. Tetapi teknik yang digunakan sangat tidak kena dengan tempatnya. Pemilihan lagu juga tidak kena. Tetiba ada lagu ‘The Unforgiven II’ dari kumpulan heavy metal terkenal, Metalicca. Apa kau buat ni? Tetiba admin rasa sangat kelakar.

Teknik pengambilan video juga agak tidak professional. Perspektif sangatlah tidak menarik selain daripada subjek utama iaitu pengantin hanyalah seperti ‘watak tambahan’. Terlampau banyak kesan gegar dan kabur. Penggunaan bokeh juga nampak sangat tidak natural! Selain itu, kualiti video juga agak suam-suam kuku. Admin dumbfounded!

Animasi yang dibuat adalah sangat menarik dan real. Nampak kesan 3D. Namun tidak kena topik dan tajuk video.

Permulaan video adalah sangat menakutkan, seakan-akan menonton filem seram Hantu Kak Limah yang pecah panggung baru-baru ini. Adakah ini intro yang sesuai untuk video majlis perkahwinan?




Kat Malaysia ada salji gais. Dalam gambar tak berapa nampak, tapi dalam video memang real macam babak drama Korea, Winter Sonata! Sejuk pulak rasa.

Selamat datang ke Taman Tema Mickey dan Minnie Mouse! Mereka menyambut kedatangan tetamu ke majlis kahwin.

‘Bagai melukut di tepi gantang’. Begitulah yang admin rasa penyunting ingin sampaikan. Burung animasi seperti merenung nama Farah dan rasa terpinggir.

Adakah ini percintaan Hadi dan Farah ini berlaku di bawah pohon kelapa yang rendang, sambil bermain Whatsapp dan Twitter?




Yang ni admin rasakan antara yang paling menarik dalam video ni.  Apa ke hal ada motor atas bumbung? Dengan caption ‘cinta abadi’? Adakah Hadi suka bawak motor kapcai sambil wheelie melompat keatas bumbung? Adakah Hadi ni jenis suka ride pergi Danok? Adakah parking sampai takde, Hadi pergi parking atas bumbung? Banyak lagi persoalan yang boleh timbul. Cukuplah disini untuk gambar ni.

Admin tak tahu nak komen apa. Admin tengok pengantin lelaki bukan lah seperti rocker mahupon peminat tegar heavy metal. Animasi gitar dan logo Metallica siap ada dalam video ni! Sambil lagu Metallica didendangkan? Admin nak bagi ‘standing ovation’ dekat penyunting. Mempunyai idea yang ‘outside the box’ ataupun ‘pemikiran diluar kotak’.

Kesian pengantin, siap kena kabur muka diorang. Adakah mereka ni pesalah dalam video ini? Tak kena betul teknik blur penyunting!

Seram juga ni. Ada darah mengalir dari tembok tu, siap ada nama pengantin. Adakah berlaku pertelingkahan dan pertumpahan darah kesan dari halangan berkahwin oleh orang tua?




Sekali lagi pemikiran luar kotak yang unik. Roket ditemui dan melintasi berdekatan dengan tapak majlis perkahwinan. Admin tak tahu apa nasib tetamu kalau roket tu meletup kat sana.

Admin rasa videografer lebih tertarik untuk shoot gambar baju pengantin dari pengantin itu sendiri. Sampaikan muka pengantin pon nampak separuh je.

Sampai ke aiskrim kon yang berharga 50sen ini juga turut meraikan majlis perkahwinan ini. Pssstt.. itu tangan videografer ke tu? Hai~

Mesej Whatsapp Farah dan Videografer

          

Farah ataupun pengantin perempuan ini sangat tidak berpuas hati dengan kualiti video dan membuat pertanyaan kepada videografer. Namun jawapan yang diterima adalah sangat mendukacitakan.

  1. Videografer mengatakan bahawa animasi yang dilakukan adalah unik. Tidak semua orang boleh melakukan hasil kerja animasi seperti itu.
  2. Videografer menjelaskan bahawa video yang dirakam adalah luar biasa.
  3. Videografer menegaskan bahawa ‘lebih baik ambil video pakai telefon sahaja’. Pengantin tidak puas hati kerana ‘raja sehari’ seperti tidak muncul dalam video.
  4. Sekali lagi videografer menerangkan video yang dibuat sangat hebat, gempak dan dinamik. Pengantin meminta untuk dapatkan video asal yang dirakam tanpa ada suntingan.
  5. Pengantin lebih sukakan lagu dalam video tersebut mempunyai genre keislaman dan ketuhanan serta mempunyai elemen yang ‘suci’. Videografer meminta bayaran tambahan untuk suntingan semula, hanya mampu untuk repair video sahaja.
  6. Videografer ‘naik bakul, angkat sendiri’ dan mengatakan animasi pada no plat kenderaan nampak seperti real. Pengantin meminta untuk lagu dalam video diubah.

Kesimpulan

Admin amat kesian dengan raja sehari ini. Admin dapat rasa kekecewaan pengantin yang amat sangat kerana inilah hari yang paling bahagia buat mereka.

Mohon untuk videografer dan penyunting untuk membuat rujukan video perkahwinan yang mendapat komen yang baik terlebih dahulu. Seterusnya, berikan servis suntingan semula secara percuma. Admin tidak nafikan penyunting animasi mempunyai kebolehan dan skill yang tinggi. Namun, animasi tersebut hendaklah menarik dan kena pada tempatnya.

Lihat juga berita Nama Terpanjang Didaftarkan Dalam Malaysia

Sumber:
Instagram Farah
Youtube Rezal Mohd Harun

Viral

Pekerja KLIA Campak Air Zam Zam?

Published

on

pekerja KLIA

Baru-baru ini telah viral di laman sosial apabila pekerja KLIA (Kuala Lumpur International Airport ) didakwa mencampak air zamzam ke atas lantai. Berdasarkan video berdurasi 12 saat tersebut, seorang lelaki dilihat membaling kotak yang diangkat daripada converyer ke lantai di bahagian tepi.

Seorang lelaki juga pekerja KLIA telah menjelaskan perkara sebenar yang terjadi bagi mempertahankan diri. Ia juga bagi memberi penjelasan yang sebenar agar netizen tidak terus memandang negatif mengenai kejadian itu.




Viral di laman sosial

Penjelasan Pihak Terlibat

Pekerja KLIA

Diharapkan penjelasan daripada saudara Fauzan ini dapat memberikan jawapan kepada netizen.  Kadang-kadang bukan sengaja dorang buat camtu tapi keadaan dah terpaksa. Harap-harap takde la air zam zam tu rosak.

Sumber : Fauzan Mohd

Lihat juga berita mengenai Sebab Jangan Guna Telefon Semasa Charge

Continue Reading

Gaya Hidup

Sebab Jangan Guna Telefon Semasa Charge

Published

on

By

Sebab Jangan Guna Telefon Semasa Charge

Ini adalah sebab kenapa jangan guna telefon atau perkakas elektronik mudahalih semasa tengah charge atau cas.

Ujian dilakukan menggunakan alat yang dapat mengesan elektrik ini dilihat elektrik seakan bocor dari tempat yang sepatutnya. Instrumen yang digunakan adalah ezAlertT II ini mampu untuk mengenal pasti kehadiran voltan AC tanpa hubungan elektrik secara terus, ia juga dapat membuat pengenalpastian fasa dan neutral. Alat yang dibuat di Brazil ini dilengkapi dengan petunjuk bunyi dan cahaya, terminal dan bas tanpa penebat bertenaga.




Kes kejadian yang tidak diingini seperti telefon meletup dan terbakar telah dilaporkan. Mengikut siasatan, pengguna telah mengecas telefon bimbit mereka dengan pengecas tiruan.

Pengguna mestilah menggunakan pengecas, earphone dan lain-lain alatan yang dari sumber yang boleh dipercayai. Paling selamat, gunakan alatan yang dikeluarkan dan diluluskan oleh pengilang telefon atau tab tersebut.

Usaha ini hendaklah dipandang serius oleh pengguna. Dikhuatiri alat seperti wayar charger atau earphone yang dipakai tidak mematuhi piawaan yang dibenarkan. dan boleh menyebabkan kemalangan.

Sebagai langkah-langkah keselamatan, jika boleh biarkan telefon untuk cas sebentar pun apa salahnya kan?




Lihat juga Penjagaan Kuku Rahsia Keunggulan Diri

Continue Reading

Viral

Lamaran Kahwin Paling Rare di AFF Suzuki!!!

Published

on

lamaran kahwin

Tahniah diucapkan kepada team Malaysia!!!! Pasukan bola sepak negara berjaya menundukkan Myanmar 3-0 dalam aksi final Kumpulan A Piala AFF Suzuki di Stadium Bukit Jalil, semalam. Terkedu la coach Myanmar nampak gayanya.

Semestinya sorakan kegembiraan rakyat Malaysia dan para pemain bergema di seluruh stadium meraikan kemenangan itu.




Lamaran Kahwin Depan Ribuan Penonton

Semasa permainan berhenti rehat pada separuh masa, ada surprise untuk seluruh stadium bila sebuah lamaran perkahwinan telah dibuat di hadapan ribuan penonton.

 

Shinna, Gadis Bertuah SETUJU!!

Lamaran yang dipaparkan di scoreboard stadium terus buat stadium kecoh! Lagi kecoh bila gadis bertuah yang dilamar itu, Shinna bersetuju menerima lamaran itu. Untunglahh…


Wow, memang hebat bro ni sebab berani melamar depan penonton di stadium.

Skill Melamar Paling ‘rare’

Ramai netizen yang tengok lamaran ni pun sama-sama excited untuk diorang. Ye la, cara lamaran kahwin ni jarang-jarang kita nampak kat Malaysia.




Pengguna laman sosial juga berkongsi video saat lelaki berkenaan melutut dan melamar gadis bertuah itu, malah video yang sama juga dikongsi oleh laman Facebook rasmi AFF Suzuki Cup.

Menerusi video itu, dapat dilihat pasangan itu dikelilingi keluarga dan si jejaka turut membawa bunting yang tertulis ‘Let’s Get Married Lah’.

Disaksikan ratusan penonton, gadis itu dilihat menyeka air mata kegembiraan dan memberikan jawapan ‘ya’, sebelum disarungkan cincin.

Identiti pasangan sweet ini masih belum dikenal pasti. Tetapi siapa pun anda, tahniah dan selamat berbahagia dari Escabytes!!




 

Berita panas: Gempar: Rusuhan di Kuil USJ, Bukan Isu Perkauman!

Continue Reading

Trending

'Like' Facebook Page Escabytes