Dodgeball Malaysia Juara Dunia 2018 – EscaBytes
Connect with us

Sukan

Dodgeball Malaysia Juara Dunia 2018

Published

on

Pasukan Lelaki Dodgeball Malaysia muncul juara dunia dalam Kejohanan Dunia Dodgeball yang berlangsung di LA Hangar Studios, Los Angeles, Amerika Syarikat. Skuad ini yang juga penyandang juara berjaya menewaskan pasukan tuan rumah iaitu Amerika Syarikat dengan mata 5-4 dalam aksi final.

Pasukan Dodgeball Wanita tanahair pula berjaya meraih pingat Perak selepas tewas 5-8 dengan pasukan tuan rumah.




Kejuaraan Dunia ini disertai negara dari Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, Argentina, Itali, Hong Kong, Australia, New Zealand, China, Perancis, Puerto Rico dan Malaysia.

Sebelum ini skuad kebangsaan muncul juara buat kali pertama sejak penubuhan Kejohanan Dunia Dodgeball tujuh tahun lalu. Kedua-dua pasukan Lelaki dan Wanita negara mendapat pingat emas dengan mengalahkan Kanada pada final di Kejohanan Dunia Dodgeball di Toronto, Kanada pada tahun lepas (2017).

malaysia dodgeball 2017

Ini pula susunan ranking dunia yang terkini.ranking-dodgeball

Walaupun kejohanan dodgeball ini baru bermula tujuh tahun yang lalu, Malaysia mampu untuk bersaing diperingkat dunia. Ia adalah prestasi yang sangat membanggakan negara dan rakyat Malaysia.




Lihat juga Kontinjen Negara Pecah Dua Rekod Dunia di Kejohanan ParaAsian

Sumber:
Facebook TeamMalaysia
The Star
World Dodgeball

Sukan

Tutup Aurat: Hadi Awang Tegur Syed Saddiq “Jangan Over”

Published

on

tutup aurat

Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi respon terhadap pendirian Syed Saddiq mengenai isu tutup aurat dalam kalangan atlet. Ia gara-gara pendirian Menteri Belia dan Sukan itu yang membuat kenyataan tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan Terengganu yang akan mewajibkan pemain bola negeri itu unutk tutup aurat ketika beraksi.

England dan Perancis pun tak halang…

tutup aurat

Hadi Awang juga berkata dia tidak melihat ada masalah untuk arahan pemakaian menutup aurat bagi atlet bola sepak dilaksanakan.




Tambahnya lagi, kelab bola sepak seperti England dan Perancis tidak menghalang pemain untuk mengamalkan ajaran agama. Jadi, menteri itu tidak sepatutnya ‘berlebih-lebihan’.

Setahu saya kelab bola sepak England dan Perancis membenarkan pemain Islam mengamalkan ajaran agama. Jangan dia (Syed Saddiq) lebih daripada England dan Perancis sudahlah.

Dilaksana secara beransur

tutup aurat

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan Dan NGO Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, dasar pelaksanaan patuh syariah itu bagaimanapun hanya terpakai kepada pemain bola sepak beragama Islam sahaja.

Kita akan pastikan semua pemain memakai pakaian yang menutup aurat dalam semua perlawanan sama ada di Terengganu atau di luar sementara pemain yang bukan beragama Islam, kita hanya galakkan mereka untuk mengikuti jejak pemain beragama Islam.

Bagaimanapun, arahan itu akan dibuat secara beransur dan tidak mendadak membabitkan semua atlet.

Dari sudut pelaksanaan, kita akan lakukannya secara beransur-ansur dan bukan dengan perubahan drastik yang melibatkan keseluruhan (semua atlet).

Sumber: Sinar HarianKosmo!




 

Lihat juga berita mengenai Hasnul Umum Letak Jawatan Presiden PAFA

Continue Reading

Sukan

Hasnul Umum Letak Jawatan Presiden PAFA

Published

on

Hasnul

Setelah pasukan Perak berjaya menjulang Piala Malaysia, foto Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim posing dengan piala berprestij itu di celahan kangkangnya telah tersebar luas.

Hasnul

Foto yang mendapat kecaman hebat daripada ramai pihak. Mereka berpendapat tindakan itu tidak wajar dilakukan.

Desakan demi desakan dibuat oleh pelbagai pihak supaya Hasnul meletakkan jawatannya. Namun, Hasnul kemudiannya membuat kenyataan media untuk mempertahankannya.




Umum Letak Jawatan

Akhirnya Hasnul telah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai presiden persatuan itu semalam. Pengumuman mengejutkan itu dibuat Hasnul pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Eksekutif PAFA. Walau bagaimanapun, dia masih belum menyerahkan surat peletakan jawatan itu.

Hasnul

Beri Tumpuan Kerjaya Politik

Menurut Hasnul, keputusan yang diambilnya itu bukanlah atas desakan mana-mana pihak. Ia dilakukan kerana mahu memberikan lebih tumpuan kepada kerjaya politik dan tugas sebagai seorang pemimpin di DUN Titi Serong.

Sebab-sebab perletakkan jawatan ini, saya fikir ada fokus lebih besar untuk saya sebagai seorang pemimpin kerajaan negeri dan juga kerjaya politik.

Tidak ada desakan daripada mana-mana pihak. Cuma saya memikirkan ada sesuatu yang saya perlu fikirkan secara positif. Sejak menilai seminggu dua ini, penumpuan kerja saya agak sedikit terganggu.

Fokus saya (kepada PAFA) tidak pernah hilang, sehinggalah kepada lewat sehari dua ini, saya kira perlu melakukan sesuatu. Sukan ini perlu diteruskan dengan cara yang lebih sihat.

Tidak ada unsur-unsur yang cuba menyakiti pihak lain, dan saya tegaskan kami yang berada di sini tiada kepentingan peribadi dalam menerajui PAFA.

Janji Telah Ditunaikan

Hasnul

Tambahnya lagi, tempoh diberi jawatan itu selama hanya lima bulan merupakan tempoh yang cukup mencabar untuknya. Dia turut menegaskan telah menunaikan janjinya membawa Piala Malaysia ke Perak seperti dinyatakan dalam satu sidang media.

Tempoh lima bulan yang saya menerajuinya (PAFA) ialah satu tempoh yang sangat mencabar, satu pengalaman hidup yang sukar diperolehi oleh mana-mana orang.

Ketika saya memegang jawatan ini dalam sidang media pertama saya, saya (mengatakan) ingin membawa pasukan Perak ke perlawanan akhir Piala Malaysia. Saya kira saya telah melaksanakannya, dan pada masa yang sama siapa sangka Perak menjuarai Piala Malaysia setelah 18 tahun kita menagih piala itu ke bumi Perak.

Apa-apa pun, diharapkan ia menjadi satu pengajaran kepada YB supaya fikirlah dulu sebelum buat apa-apa tindakan. Paling penting sekali bila nak update apa-apa status di media sosial. Ate teman pun idak ler setuju YB buat rope itu. Mne maunye piala tu diletak kt celah kangkang mike. Nasib ler mike tak bubuh gulai tempoyak dalam piala tu….




 

Berita berkaitan: The Bos Gaurus Tamatkan Kemarau 18 Tahun!!!!

Continue Reading

Sukan

Hafizh Syahrin Sujud Syukur, Bukan Sujud Sahwi Laa

Published

on

hafizh

Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-10 di acara Malaysian Motorcycle Grand Prix. Walaupun Hafizh bermula dari petak paling belakang namun ia sedikit pun tidak menggugat semangatnya untuk terus berjuang sehingga berjaya menamatkan perlumbaan dengan keputusan yang membanggakan seluruh rakyat Malaysia.

Namun, apa yang menarik perhatian admin adalah ulasan yang dibuat pengulas sukan TV1 ini sangat lucu. Sebuah video yang dimuat naik di laman Twitter menyaksikan siaran langsung perlumbaan tersebut berlatar suara pengulas sukan tersasul ayat ‘sujud sahwi’. Ternyata video ini mendapat 9.2ribu Retweet dan respon lucu netizen.




Sujud Sahwi Abah Ko

Bukan Sujud Sahwi Oiii

Lupa Satu Lap Sujud Sahwi

Lupe Sujud Sahwi Subuh Tadi

Sah Ke Sujud Sahwi Pakai Helmet?

Semoga pengulas sukan TV1 tidak lupak sujud sahwi kalau tertinggal rakaat dalam solat ye…

 

Lihat juga berita mengenai Hafizh Raih Kedudukan 10 Terbaik GP Jepun

Continue Reading

Trending

'Like' Facebook Page Escabytes