Semasa
VIRAL: Bas RapidKL Merempuh Kereta Membuta Tuli
Menurut sumber dari Facebook, sebuah bas RapidKL milik Prasarana Malaysia Berhad telah merempuh lebih 20 kereta secara membuta tuli.
Kejadian berlaku berlarutan dari Setiawangsa, Keramat dan Ampang. Dilaporkan insiden ini berlaku sekitar jam 9.00 malam hari ini (16/8/18). Bas yang dipandu secara merbahaya ini juga melibatkan perlanggaran keatas kedai burger, wanita dan juga bayi.
Lihat juga VIRAL: ‘Sofea’ Sudah Mula Pakai Tandas OKU!
Kejar-mengejar berlaku, dan pemandu bas berjaya ditahan walaupun ada cubaan melarikan diri dari orang ramai.
Mohon kerjasama dari semua pihak untuk menyerahkan tugas siasatan kepada polis. Orang ramai diminta tidak mencederakan pemandu bas. Diharap semua mangsa selamat.
Kami akan kemaskini jika mendapat sebarang kenyataan dari Prasarana.
Sumber dari Facebook Azri Ayip

You must be logged in to post a comment Login