Viral: Circle Challenge Oleh Sir Uzairi – EscaBytes
Connect with us

Semasa

Viral: Circle Challenge Oleh Sir Uzairi

Published

on

Circle Challenge viral di media sosial ketika ini di Malaysia. Cabaran ini telah ramai mencuba dan akan menyaksikan lebih ramai yang akan membuat video atau membuat parodi Circle Challenge ini.

Sebelum ini seorang guru Matematik di Math Clinic Tuition Centre menjadi viral. Sir Uzairi seorang guru tampan dan berambut panjang ala-ala pelakon filem ini membuatkan ramai terpesona dengan gaya pengajaran yang mencuit hati. Beliau menggunakan pendekatan yang sangat menarik sehingga dikatakan semua pelajarnya bakal mendapat A dalam peperiksaan. Seperti nak kembali ke sekolah semula!




Sir Uzairi bukan sahaja viral di media sosial, malah mendapat jemputan daripada stesen-stesen radio dan televisyen yang terkenal. Dahsyat juga penangan guru kacak ini!

Cabaran dilakukan dengan hanya perlu melukis bulatan yang besar menggunakan ‘marker pen’ di papan putih atau whiteboard. Nampak seperti amat mudah, tetapi tidak! Ramai juga yang telah gagal melakukan cabaran ini. Teknik pergerakan dan pusingan di pergelangan tangan perlu dilakukan dengan betul.

Adakah anda mampu menyahut cabaran ini? Admin juga dah cuba, tapi banyak kali juga buat baru jadi.

Sebelum ini Dele Alli buat Circle Challenge juga, tapi guna jari dan letak di mata. Berita penuh disini!




Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *