Viral Kembali! Video Panas Luna Maya dan Ariel – EscaBytes
Connect with us

Semasa

Viral Kembali! Video Panas Luna Maya dan Ariel

Published

on

luna-maya-ariel
Share the News!

Video di ranjang antara seorang pelakon, Luna Maya dan penyanyi Ariel yang berasal dari Indonesia ini viral kembali! Ia kembali tular dan Luna Maya bersikap tidak mengendahkan berkenaan isu penyebaran semula skandal video membabitkannya dengan bekas kekasih yang juga vokalis Noah (dahulunya dikenali sebagai  kumpulan Peterpan), Ariel.

Menurut Luna Maya, adalah lebih elok jika dia berdiam diri sahaja daripada melayan dan memberi respons serta komen berhubung isu berkenaan. Ini kerana dia enggan isu ini kembali berpanjangan.




“Saya tidak mahu komen. Tidak mahu andai nanti (isu) dipanjang-panjangkan,” katanya.

Throwback semula, Ariel yang pernah popular dengan lagu ‘Mungkin Nanti’ dan ‘Separuh Aku’ ini dikatakan membuat rakaman aksi panas di bilik sebuah hotel. Riak wajah saling tak tumpah atau mirip Luna Maya dan Ariel yang muncul dalam video lucah tersebut dan viral di internet pada tahun 2010.

Juga sebelum ini, pelakon dan pengacara popular, Cut Tari dikaitkan dengan sebuah video panas yang lain bersama Ariel.

Video-video tersebut oleh pihak berkuasa Indonesia dan mengheret Ariel atau nama sebenarnya Nazril Irham ke mahmakah. Seterusnya dia dikenakan denda sebanyak 250juta rupiah atau RM68,000 dan menjalani hukuman penjara selama tiga setengah tahun. Namun, Cut Tari dan Luna Maya terlepas daripada sebarang tuduhan.




Lihat juga Mujahid – “Macamlah Menteri Agama Ini Bodoh Sangat”

Kredit Berita Harian

 

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply