Semasa
VIRAL: ‘Sofea’ Sudah Mula Pakai Tandas OKU!
Tular di media sosial, ‘Sofea’ atau Safiey Ilias telah mula memasuki tandas OKU. Ia adalah rentetan daripada kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Fuziah Salleh, menyarankan Transgender untuk menggunakan tandas OKU.
“Kerajaan berusaha menyelami dan memahami isu berkaitan transgender, termasuk fungsi institusi agama dalam menangani masalah ini, seterusnya memastikan mereka kembali kepada fitrah.
Lihat juga Status Twitter Linda Onn Berjaya Buat Warung Diangkut MPAJ
“Katakanlah secara psikologinya mereka wanita yang terperangkap dalam tubuh lelaki. Semestinya mereka berasa tidak selamat dan tidak selesa ke tandas lelaki tetapi apabila mereka ke tandas perempuan, golongan wanita pula berasa kurang selesa.
“Saya cuba memahami mereka, maka bagi saya itu (penggunaan tandas OKU) adalah penyelesaian terbaik buat masa ini,” katanya lagi.
Safiey Ilias ini dilihat bagaikan menyahut saranan dari Fuziah Salleh, lalu memuat naik video memasuki tandas OKU di instagramnya. Tidak segan dan malu dengan tindakannya, Safiey mendapat kritikan netizen. Namun begitu, ada juga yang menyokong tindakannya itu.
Admin tak tahu la nak cakap apa. Warga OKU sebenar pon sudah mula bersuara kerana hak mereka seperti ditindas.
Sumber Berita Harian
Sumber Instagram safieyillias94

You must be logged in to post a comment Login