Vivo V11 Dilancarkan Sebagai Kemaskini Pada V9 – EscaBytes
Connect with us

Teknologi

Vivo V11 Dilancarkan Sebagai Kemaskini Pada V9

Published

on

Vivo V11

Jenama pengeluar telefon pintar, Vivo telah melancarkan Vivo V11 sebentar tadi. Telefon pintar ini merupakan pengemaskinian kepada V9 yang dilancarkan awal tahun ini.

Juga sama seperti Oppo, Vivo menggunakan rekaan takuk yang kecil pada V11 yang kini diberikan nama Halo Fullview Display. Ciri-ciri ini telah meningkatkan peratusan permukaan skrin kepada permukaan hadapan ke 91.27%. Model terbaru ini juga kini mempunyai sistem imbasan cap jari terbina dalam skrin seperti NEX dan X21 sebelum ini.




Vivo V11

Seterusnya kita lihat pada spesifikasi telefon ini. Vivo V11 mempunyai skrin 6.41″ SAMOLED dengan resolusi FHD+. Ia dijana oleh pemproses Snapdragon 660 dan mempunyai memori sebesar 6GB RAM. Kapasiti pengstorannya pula sebesar 128GB dengan sokongan kad mikroSD sehingga 256GB.

Selain itu, antara ciri-ciri yang dititikberatkan oleh setiap pengguna telefon pintar ini ialah prestasi kamera telefon itu. Bagi model terbaru Vivo ini, kamera utama adalah gabungan sensor 12+5 Megapixel f/1.8 manakal kamera swafotonya pula sebesar 25-Megapixel f/2.0. Baterinya pula sebesar 3400 mAh yang berperanan membekalkan kuasa dan menyokong pengecasan pantas Dual Engine menggunakan port mikroUSB.

Vivo V11

V11 masih mengekalkan bicu audio sesuai bagi mereka yang masih belum bersedia menggunakan peralatan audio nirwayar. Walau bagaimanapun, NFC tidak pula disertakan. Pelik betul. Hmm….Sistem operasinya pula ialah Android 8.1 dengan pelancar Funtouch OS 4.5.

Vivo V11 ini didatangkan dengan sistem Funmoji yang bolehlah dikatakan jawapan Vivo kepada Animoji. Akhir sekali telefon ini turut boleh dinyahkunci menggunakan wajah. Harga masih belum diputuskan lagi. Vivo V11 ini akan ditawarkan dalam dua warna cerun iaitu Starry Night dan Nebula Vision.




 

Berita baik mengenai prabayar boleh diketahui disini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Teknologi

Huawei Mate 20: Siri ‘Mate’ Paling Canggih

Published

on

By

Huawei Mate 20

Huawei memperkenalkan siri ‘Mate’ yang paling canggih! Huawei Mate 20 X mempunyai skrin 7.2 inci yang hebat dengan nisbah 18.7:9, dan mempunyai semua kemampuan yang dimainkan oleh Mate 20 Pro, kecuali untuk pensijilan IP68 (untuk rintangan air dan debu) dan keupayaan mengecas tanpa wayar.

Selain itu, Huawei juga melancarkan Mate 20, Mate 20 Pro. Juga syarikat gergasi dari China ini juga bekerjasama dengan Porsche Design untuk menghasilkan Mate 20 RS.




Huawei Mate 20 ini mempunyai paparan penuh HD 6.5 inci dan pengimbas cap jari di belakang. Ia didatangkan dengan bateri 4,000mAh, manakala Mate 20 Pro mempunyai bateri 4,200mAh. Yang terbesar dikhaskan untuk Mate 20 X, yang mempunyai bateri 5,000mAh yang dituntut untuk bertahan sehingga dua hari.

The Mate 20 Pro menayangkan 6.4 inci melengkung skrin OLED 2K, dan dilaporkan sebagai “pengecasan belakang” tanpa wayar pertama di dunia yang membolehkan telefon pintar berganda sebagai bank kuasa.

Peranti ini menggunakan chipset 7nm 980 terbaru Huawei, yang didakwa mengiktiraf 4,500 imej seminit, dan berjalan 20% lebih cepat daripada pendahulunya. Ini meningkatkan keupayaan AI untuk pengiktirafan muka dan pengesanan objek jadi jika subjek menari atau berjalan di hadapan kamera, telefon pintar masih dapat memberi tumpuan kepada orang itu dalam masa nyata.

Mate 20 Pro, Mate 20 X dan Mate RS mempunyai kamera sudut lebar 40 megapiksel, kamera ultra-lebar 20 megapiksel dan kamera 8-megapiksel dengan zoom 3x.




The Mate 20 memaparkan kamera ultra-lebar 16 megapiksel, kamera sudut lebar 12 megapiksel dan kamera 8 megapiksel dengan zoom 2x.

Huawei Mate 20
mate 20 pro

 

Huawei Mate RS

mate-20-rs

 

Anggaran Harga untuk pasaran Malaysia

Mate 20 = RM3,850,
Mate 20 Pro = RM5,050
Mate 20 X = RM4,300
Mate RS = RM8,150




Lihat juga Galaxy Watch, Jam Tangan Pintar oleh SAMSUNG

Sumber The Star

Continue Reading

Teknologi

Galaxy Watch, Jam Tangan Pintar oleh SAMSUNG

Published

on

Samsung baru-baru ini telah memperkenalkan jam tangan pintar terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy Watch. Jam tangan pintar itu kini ditawarkan di pasaran tempatan seperti yang diumumkan Samsung Malaysia.

Galaxy Watch

Galaxy Watch

Samsung Galaxy Watch hadir dalam dua variasi, iaitu 46mm dan juga 42mm. Jam pintar ini menggunakan rekaan muka jam bulat, dilengkapi skrin sentuh dan menawarkan sokongan kalis air supaya boleh digunakan ketika berenang.




Jam ini juga ditawarkan dalam tiga warna iaitu Silver, Midnight Black dan Rose Gold.

Galaxy Watch

Menurut Samsung, ia mampu digunakan sehingga lebih 80 jam lamanya. Selain itu, pengguna juga boleh menghubungkan jam tangan pintar terus ke telefon pintar dan mengikuti pelbagai notifikasi terus ke Galaxy Watch.

Jam tangan pintar ini akan dipasarkan bermula 5 Oktober 2018. Bagi mereka yang ingin membuat pra-tempahan, ia telah dibuka esok hingga 4 Oktober 2018.

Galaxy Watch

Galaxy Watch

Pengguna yang membuat pra-tempahan juga akan menerima tali jam tambahan bernilai RM109.

Di Malaysia, ia akan ditawarkan pada harga RM1199 untuk model 42mm, manakala versi 46mm pula ditawarkan pada harga RM1299.




Sumber: Samsung Malaysia

 

Lihat artikel mengenai iPhone Xs dan iPhone Xs Max disini.

Continue Reading

Semasa

Jutawan Jepun: Orang Pertama Beli Tiket Melancong ke Bulan

Published

on

By

yusaku-maezawa

Seorang Jutawan Jepun bersedia untuk memulakan pelayaran mengelilingi bulan. Berita ini diumumkan sendiri oleh Ketua Pengarah Eksekutif atau CEO SpaceX, Elon Musk. Yusaku Maezawa bakal menjadi manusia pertama di dunia untuk melancong ke bulan dan angkasa lepas.

Yusaku-Maezawa-Instagram

“Akhirnya, saya dapat memberitahu anda bahawa saya memilih untuk pergi ke bulan!”, kata Yusaku Maezawa pada sidang akhbar di ibu pejabat SpaceX di pinggir Los Angeles.




Namun, penerbangan Yusaku Maezawa ini bukanlah dalam masa terdekat. Paling cepat beliau akan ke bulan adalah pada tahun 2023. Ini kerana roket yang akan membawa Yusaku ini belum lagi dibina.

Siapakah Yusaku Maezawa?

Yusaku Maezawa yang berumur 42 tahun ini tinggal di Chiba, Jepun. Beliau adalah seorang jutawan sejak umur pertengahan 30-an dengan mengumpul kekayaan melalui industri penjualan dalam talian. Beliau memulakan gergasi e-dagang Jepun pada tahun 1998 dengan membuka kedai fesyen dalam talian, Zozotown yang menjadi popular pada tahun 2004. Menurut Forbes, Yusaku Maezawa adalah orang ke-18 terkaya Jepun dengan kekayaan USD2.9billion atau RM12billion.

BFR-2018

Beliau adalah pengumpul barangan seni yang kental. Pada tahun 2016, beliau kerugian hampir USD100juta atau RM413juta semasa melakukan bidaan di lelongan seni di New York. Pembeliannya yang paling mahal adalah hasil kerja seni oleh Jean-Michel Basquiat bernilai USD110.5juta atau RM457juta.

Pakej melancong Yusaku Maezawa?

Yusaku Maezawa bukan melancong ke bulan berseorangan. Beliau merancang untuk menjemput 6-8 artis untuk menyertai beliau dalam perjalanan itu. Ia adalah sebahagian daripada sebuah projek bernama Dear Moon, yang dilancarkan secara dalam talian sejurus selepas perjalanannya diumumkan.




spacex-10

“Para artis ini akan diminta membuat sesuatu selepas mereka kembali ke Bumi, dan karya-karya ini akan memberi inspirasi kepada impian dalam diri kita semua,” katanya pada sidang media. Beliau berkata beliau mahukan para artis ini untuk melihat bulan secara dekat, melihat bumi secara penuh, dan mencipta hasil (kerja seni) yang dapat mencerminkan pengalaman mereka.”

Berapakah kos Yusaku Maezawa untuk melancong dengan SpaceX?

Kos masih belum diketahui. Yusaku Maezawa juga tidak mendedahkan harga perjalanannya itu. Menurut Elon Musk ia akan menelan perbelanjaan wang yang banyak. Artis jemputan Yusaku yang akan bersama beliau akan ditaja dan percuma.

Apakah rentetan daripada tempahan SpaceX oleh Yusaku Maeza?

Ia merupakan rangsangan besar untuk SpaceX dan Elon Musk. SpaceX masih berusaha untuk membina Big Falcon Rocket (BFR) setinggi 387 kaki yang dirancang untuk digunakan untuk penerbangan bulan. Elon Musk berkata kos perbelanjaan Maezawa adalah sangat besar. Material yang digunakan mungkin boleh mencecah sebanyak USD5billion atau RM20.6billion.

Bulan sudah lama tidak dijejaki manusia. Paling akhir adalah padan tahun 1972 melalui misi Apollo oleh NASA. Cita-cita Elon Musk dikatakan melampaui satelit lunar dan menyimpan harapan untuk membantu manusia ke planet ke Marikh juga. Elon Musk percaya ia penting bagi manusia untuk menjadi spesies yang boleh hidup di planet lain dan pelancongan angkasa lepas boleh membantu membiayai visi tersebut.




Pengumuman ini menggembira Elon Musk kerana sejak akhir-akhir ini beliau telah dikritik dengan hebat. Beliau melalui saat-saat sukar mempertahankan syarikat utamanya yang, Tesla – syarikat pembuatan kereta elektrik Tesla. Selain itu, beliau disaman oleh seorang penyelam gua Thailand kerana dikatakan Elon Musk menuduhnya seorang pedofil tanpa sebarang bukti.

Adakah misi ini akan berjaya? Ilmu tuhan sangat luas dan tidak menyekat manusia untuk membina tamadun yang lebih hebat. Pendedahan yang kurang mengenai angkasa lepas membuatkan kita selalu tertanya-tanya tentang kewujudannya. Admin teringin nak pergi Marikh macam cerita ‘The Martian’ lakonan Matt Damon. Tak tahu sempat ke tidak.

Sumber dari Time

Lihat juga HATYAI : Destinasi Percutian Keluarga Yang Menyeronokkan




Continue Reading

Trending

'Like' Facebook Page Escabytes