Warga Asing 'Cilok' Telefon Bimbit Sekelip Mata – EscaBytes
Connect with us

Semasa

Warga Asing ‘Cilok’ Telefon Bimbit Sekelip Mata

Published

on

TERKINI – Kejadian kecurian telefon bimbit telah berlaku di sebuah pasaraya Mydin di USJ 1, Subang Jaya, petang semalam melibatkan warga asing. Berdasarkan laporan wartawan Escabytes, insiden itu berlaku di sebuah kiosk kedai kopi di pasaraya tersebut.

Kejadian itu sempat dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) kedai kopi tersebut yang memaparkan seorang lelaki dipercayai warga asing secara senyap-senyap mengambil telefon bimbit milik pekerja kedai kopi itu.




Mangsa yang dikenali sebagai Aisyiah memberitahu warga asing yang dipercayai warga Vietnam-Myanmar itu telah datang untuk membeli minuman. Selepas membuat pembayaran, mangsa telah pergi ke bahagian dapur untuk menyediakan minuman yang telah dipesan warga asing itu. Semasa membuat minuman tersebut, tanpa tidak disedari suspek dengan sepantas kilat telah mengambil telefon bimbit mangsa yang tertinggal di kaunter. Kemudiaan, suspek bergegas pergi ke arah kirinya dan memberitahu mangsa dia akan kembali semula untuk mengambil minumannya itu.

Selepas beberapa minit, mangsa baru menyedari bahawa telefon bimbitnya telah hilang. Pada awalnya mangsa hanya mengesyaki yang warga asing itu telah mencuri telefon bimbitnya. Mangsa telah memberitahu pemilik kedai kopi tersebut bagi meminta beliau melihat semula rakaman CCTV. Selepas penelitian dibuat ke atas rakaman CCTV oleh pemilik kedai yang hanya mahu dikenali sebagai Azmi, terbukti warga asing yang disyaki mangsa itu telah mencuri telefon bimbitnya.

warga asing

warga asing

Rakaman kejadian itu telah dijadikan sebagai bahan bukti untuk mangsa membuat laporan polis. Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai suspek bolehlah membuat laporan polis di balai polis berhampiran bagi memudahkan siasatan dijalankan. Diharapkan suspek kecurian ini dapat ditangkap dan diberi hukuman yang setimpal.

 

Lihat juga berita mengenai Samseng Gemuk Pukul Pekerja Petronas Ditahan Polis!!!




 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.