X70, SUV Pertama Proton Dilancarkan!!! Bermula RM99,800 – EscaBytes
Connect with us

Automotif

X70, SUV Pertama Proton Dilancarkan!!! Bermula RM99,800

Published

on

X70
Share the News!

Penantian yang akhirnya terjawab apabila Proton hari ini secara rasminya melancarkan SUV pertama, X70 ke pasaran Malaysia dengan tanda harga bermula dari RM99,800!!! Ia ditawarkan dalam empat pilihan varian bermula dari RM99,800 untuk Standard 2WD, diikuti varian pertengahan Executive 2WD (RM109, 800) dan Executive AWD (RM115, 800) serta varian paling mewah Premium 2WD (RM123, 800) dan paling menarik harga adalah sama untuk Sabah dan Sarawak.

Pelancaran X70 telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang turut disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong dan beberapa tetamu kehormat yang lain. Model pertama hasil kerjasama strategik antara Proton dan rakan asingnya Geely ini berkongsi pelantar dengan model Geely Boyue facelift 2018 yang merupakan antara SUV terlaris di China.




Nama X70 pula telah dipilih menerusi satu undian umum secara atas talian yang bermula pada awal bulan April dan keputusan rasminya telah diumumkan pada September lalu. X70 dikuasakan oleh enjin empat silinder 1.8 liter TGDI yang mampu menghasilkan 181 hp dan 285 Nm tork yang digandingkan bersama transmisi automatik enam kelajuan. Penggunaan bahan bakarnya pula sekitar 8.9 L/100km dan diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

Ia dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri canggih seperti Arahan Suara yang membolehkan pemandu memberi bercakap unit infohibur untuk mengaktifkan beberapa fungsi seperti membuka dan tingkap, bumbung suria, menukar frekuensi stesen radio, mengawal bunyi audio,  mencari tempat makan yang berhampiran dan banyak lagi dengan hanya menggunakan Bahasa Inggeris yang mudah.

Dari segi keselamatan, X70 dilengkapi dengan 6 beg udara SRS, kerangka dari Besi Tempa Panas (HPF), Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC), Kawalan Lampu Tinggi Pintar (IHBC) dan kamera 360 untuk pengendalian pemanduan selamat di kawasan yang sempit dan khusus untuk varian Premium ia dilengkapi dengan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS).

Ini secara tidak langsung melayakkan X70 untuk memperoleh penarafan lima bintang dari Program Penilaian Keselamatan Kereta Baharu di negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) dengan skor tertinggi dalam segmennya bagi keselamatan penumpang baru-baru ini. X70 ditawarkan dalam lima pilihan warna iaitu Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Cinnamon Brown dan Flame Red (warna mengikut varian).




X70 turut ditawarkan dengan Pakej XTRA yang merangkumi Pakej Servis XTRA (5 kali percuma kos buruh), Kadar Pembiayaan XTRA Rendah (bermula dari 2.34 peratus), Pakej Jaminan XTRA (5 tahun jaminan tanpa had perbatuan) dan Pakej Data XTRA (pakej data internet selama 5 tahun dengan kouta 1GB sebulan).

Berikut adalah pilihan varian dan spesifikasi Proton X70 secara ringkas:

Standard 2WD
Enjin 1.8 liter TGDi dengan transmisi enam kelajuan automatik
6 beg udara SRS
Lampu halogen
Rim aloi 17 inci
Sistem audio dengan skrin 8 inci
Kamera undur
Sistem pembersihan udara (air purifier)
Pilihan warna – Snow White & Armour Silver

Executive 2WD
Penambahan spesifikasi Standard :
Lampu hadapan LED dengan lamu nyalaan siang LED (DRL)
Rim aloi 18 inci
Kerusi balutan kulit
Kerusi pemandu boleh laras elektrik
Kamera panoramik 360
Pilihan warna – Snow White, Armour Silver, Jet Grey & Cinnamon Brown.




Executive AWD
Penambahan spesifikasi Executive 2WD :
Pacuan semua roda
Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS)
Pilihan warna – Snow White dan Jet Grey.

Premium 2WD
Penambahan spesifikasi Executive AWD :
Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS)
Kerusi balutan kulit Nappa
Kerusi pemandu dan penumpang boleh laras elektrik
Rim aloi 19 inci
Pilihan warna – Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Cinnamon Brown dan Flame Red.

Sumber: Paultan.org

Lihat juga berita mengenai Belanjawan 2019 – Subsidi Bahan Api




Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply