Yamaha YZF-R15 Kini Tiba Di Pasaran Malaysia – EscaBytes
Connect with us

Automotif

Yamaha YZF-R15 Kini Tiba Di Pasaran Malaysia

Published

on

Sumber dari paultan.org
Share the News!

Kepada peminat tegar dunia permotoran, inilah saat yang dinanti-nantikan!!! Model YZF-R15 yang kini sudah muncul dalam pasaran. R15 ini telah dilancarkan oleh Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd pada harga yang membuat ramai yang tersenyum iaitu RM11,988 (tidak termasuk insurans) untuk pasaran Malaysia. Model ini sama seperti yang terdapat di pasaran Thailand dan Indonesia, iaitu model spesifikasi tinggi yang mana bahagian hadapannya menggunakan fork USD.

Lihat pula pada nadi yang tersembunyi dalam jentera ini. R15 dikuasakan oleh enjin satu silinder 155 cc, sejukan cecair, dengan teknologi VVA dan mampu menghasilkan kuasa sebanyak 19.3 hp dan 15 Nm tork. Ia dipacu dengan transmisi unit enam kelajuan, bersama klac jenis slipper & assist secara standard.




Jangan pandang rendah pada model ini. Walaupun hanya bernadikan enjin 155 cc, jentera ini dilengkapi dengan aksesori sporty seperti tayar yang lebar (100/80-17 di depan), (140/70-17 di belakang), cakera brek depan berdiameter 282 mm, panel instrumen LCD, brek cakera 220 mm di belakang, kerangka Deltabox dan swingarm aluminium. Kapasiti bagi tangki bahan api yang disediakan ialah 11 liter.  Dari segi berat pula, keseluruhannya adalah 137 kg.

Mari kita lihat pula pada bahagian kokpit. Ia menggunakan panel paparan digital yang menyediakan pelbagai informasi seperti kadar rpm, kelajuan, odometer, penggunaan bahan api, kedudukan gear, tahap minyak dan lampu amaran. Bukan itu sahaja, meter ini juga dilengkapi dengan lampu waktu menukar gear (shift light), manakala lampu depan dan belakangnya adalah unit LED.

Terdapat tiga warna yang ditampilkan untuk pilihan bakal pembeli iaitu biru dengan jalur putih, hitam dengan jalur merah dan kuning dengan jalur hitam. Ia akan mula berada di wakil pengedar hujung bulan Ogos ini dan datang dengan jaminan satu tahun atau 20,000 km.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila pergi ke paultan.org




 

 

Lihat juga pautan Hael Husaini 

 

 

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply