Zamani Hilang Suara Dalam Gegar Vaganza – EscaBytes
Connect with us

Hiburan

Zamani Hilang Suara Dalam Gegar Vaganza

Published

on

zamani
Share the News!

Zamani tiba-tiba hilang suara ketika membuat persembahan dalam Gegar Vaganza. Beliau sekaligus gagal menyempurnakan persembahan pada minggu kelima Gegar Vaganza akibat mempunyai masalah kesihatan.

Walau bagaimanapun, juri dan peminat dilihat membantu menghabiskan nyanyiannya manakala beliau hanya tunduk dan menangis.




zamani

Di media sosial, ramai yang sebak melihat keadaan tersebut dan beranggapan beliau seorang lagenda yang patut dipuji.

Angkat tangan tanda maaf

"You tak boleh menyanyi, we sing for you, we celebrate for you.You are legend !! "- Dato AC Mizal"You tak menyanyi pun orang suka"-Datuk Khatijah Ibrahim"Uda, try A Minor"- Datuk Ramli MS

Posted by Muhamad Ali on Ahad, 28 Oktober 2018

Zamani yang sepatutnya mendendangkan lagu ‘Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta’ daripada Flybaits, dilihat mengangkat tangan tanda maaf kerana tidak dapat meneruskan nyanyian. Tindakan juri dan penyokong menghabiskan lagu membuatkan vokalis Kumpulan Slam itu tersentuh dan hanya mampu tunduk

Para juri yang terdiri daripaka Datuk Khatijah Ibrahim dan Datuk AC Mizal memuji tindakannya itu kerana berani tampil ke atas pentas meskipun dalam keadaan kesihatan yang kurang baik.

Sedih

zamani

Netizen turut sama sedih melihat semangat yang ada pada penyokong penyanyi lagenda itu. Mereka mendoakan semoga penyanyi tersebut segera pulih. Dengan bantuan imuniti penaja program iaitu Datuk Aliff Syukri, Zamani kekal bertanding pada minggu seterusnya.




Semoga abang Zamani cepat sembuh kami doakan.

Sumber : Muhamad Ali

 

Lihat juga berita mengenai Neelofa Menginap Villa Bawah Laut RM200K Semalam

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply