Apam Balik Triple Q Hidangkan 46 Perisa – EscaBytes
Connect with us

Selera

Apam Balik Triple Q Hidangkan 46 Perisa

Published

on

apam balik
Share the News!

Alamakk, tergugat dibuatnya bila dengar ada 46 perisa apam balik. Biar betul??? Dengar pun macam tak masuk akal je kan tapi itulah kelainan dan “rahsia” di sebalik kekuatan pengusahanya bagi memikat hati pelanggan.

Apam Balik

Menu yang terdapat di Apam Balik Triple Q

Pengusaha apam balik Triple Q, Zulkiffli Lailee, 41, berkata, semua perisa yang dihasilkan itu daripada permintaan dan maklum balas pelanggan di gerainya di Jalan Datuk Ismail Hashim, Relau. Antara perisa yang ditawarkan ialah apam balik serunding keju, sambal bilis garing dan telur bersama keju antara menu unik yang laris dan menjadi pilihan pelanggan.




apam balik

Runtun jiwa tengok gambar apam balik ni~

Menu unik itu membolehkan Zulkiffli menjual 600 apam balik sehari pada harga RM1 hingga RM7 sebiji dengan bantuan dua pekerja. Zulkifli memberitahu, perniagaan yang diwarisi daripada bapanya sejak 2015 hanya ada perisa asli ditabur kacang serta jagung manis sebelum dia menyedari perubahan selera pelanggan lalu cuba menggabungkan keju serta coklat dan mendapat sambutan.

apam balik

Nahh…perisa serunding pun adaaa….

Beliau juga memberitahu ada juga perisa itu ditemui secara tidak sengaja ketika tersalah mencampur bahan ke dalam hidangan. Makin hari makin banyak perisa baru yang tercipta. Antaranya ialah pepperoni piza, telur ayam, telur sosej dan oreo selain menggantikan keju biasa dengan keju mozzarella.

apam balik

Nampak mcm dia tapi bukan dia…hehehe~

Antara perisa lain yang boleh pelanggan nikmati termasuk keju dan butterscotch, gula merah, strawberi, bijian coklat, sosej, nutella, pisang dan yang terbaharu ialah karbonara bersama keju.

apam balik

Tak kira apa bangsa, memang apam balik Triple Q ni sesuai untuk semua rakyat Malaysia…

Sebelum ini, Zulkifli membuka kedainya pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Dek kerana sambutan memberangsangkan, Zulkifli mengambil keputusan untuk membukanya setiap hari. Beliau juga turut membuka cawangan di Bayan Lepas. Malah melatih pekerjanya membuka cawangan sendiri di Bagan Serai, Taiping dan Ipoh di Perak.




apam balik

Beliau sempat berpesan kepada golongan muda supaya mengambil peluang membuka perniagaan mengikut permintaan semasa bagi menjana pendapatan.

Selain menghasilkan sendiri jagung manis, Zulkiffli turut menjual adunan apam balik sejuk beku yang boleh bertahan selama tiga bulan.

Nampaknya, bertambah lagi lah tempat untuk “manjakan” perut kita. Jangan risau, sehari korang cuba la satu perisa. Dalam masa 46 hari kompem habis semua perisa tu korang cuba. Melainkan Zulkifli ni tambah lagi perisa baru la. Memang kena buat jadual waktu melawat Apam Balik Triple Q la jawabnya…

 

Kepada penduduk Shah Alam, artikel ini dipercayai mampu membawa perut anda ke selera yang betul.

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply