Faktor Teluk Sempit, Panjang Punca Tsunami Besar – EscaBytes
Connect with us

Semasa

Faktor Teluk Sempit, Panjang Punca Tsunami Besar

Published

on

faktor
Share the News!

Saintis berpendapat kemusnahan bandar Palu di Indonesia terlalu besar jika dibandingkan dengan kekuatan gempa yang tercetus. Antara faktor lain yang dikenalpasti mengenai perkara ini termasuk teluk yang panjang dan sempit menyebabkan ombak gergasi terbentuk.

Dalam kejadian bencana dahsyat itu, sekurang-kurangnya 844 orang dilaporkan maut. Malahan, pihak berkuasa menjangkakan angka itu kemungkinan meningkat kepada ribuan orang.




faktor

Kemusnahan yang teruk oleh tsunami

Gempa magnitud 7.5, yang berlaku waktu maghrib Jumaat lalu, ketika ramai penduduk majoriti Islam berada dalam masjid, menyebabkan bangunan di sekitar Palu dan kawasan sekelilingnya, runtuh.

Namun, agak mustahil pertembungan keadaan geofizikal yang menyumbang peningkatan tsunami setempat seterusnya menghanyutkan banyak struktur lain sekali gus menambah angka korban.

Tinggi Ombak Cecah 2-3 meter!!

Menurut seorang felo penyelidik di Fakulti Sains dan Kejuruteraan Universiti Curtin, di Bentley, Barat Australia, Jane Cunneen, pencipta sistem amaran tsunami Lautan Hindi, ombak yang melanda Palu sekurang-kurangnya dua hingga tiga meter tinggi serta kemungkinan dua kali ganda besarnya. Katanya, berdasarkan kekuatan gempa, ombak tsunami tidak sepatutnya sebegitu besar.

Faktor-faktor Ombak Menjadi Besar

Menurut seorang pakar tektonik Jabatan Sains Bumi Universiti Oxford, Baptiste Gombert, kebanyakan kes tsunami berlaku akibat janaan apa yang digelar tujahan gempa bumi, mewujudkan anjakan menegak di dasar laut. Walau bagaimanapun, kes tsunami Palu ini agak berbeza. Ia dijana oleh pergerakan gelinciran di mana potongan kerak bumi bergerak di atas atau di bawah antara satu sama lain di sepanjang satah mendatar.




Beliau juga memberitahu bahawa pergerakan gelinciran biasanya kurang menjana tsunami kerana ia tidak menaikkan lantai lautan begitu banyak. Berdasarkan kajiannya, sekurang-kurangnya tiga faktor yang menyebabkan situasi itu.

Satu ialah terusan panjang air laut di penghujung bandar Palu yang terletak di kawasan tanah rendah. Bentuk teluk berkenaan telah memainkan peranan utama dalam menaikkan saiz gelombang.

faktor

Ketika teluk sempit dan menjadi lebih cetek, air ditolak dari bawah dan diberi tekanan dari tepi pada masa sama.

 

faktor

Teluk berkenaan bertindak sebagai corong di mana ombak tsunami melaluinya seperti yang dijelaskan oleh pakar gempa di Institut Sains Bumi Grenoble, Anne Socquet, yang mengkaji garis gelinciran seismik rantau itu.

Faktor kedua ialah saiz dan lokasi gempa. Gempa kuat magnitud 7.5 tidak banyak direkodkan setiap tahun di kawasan itu. Menurut Gombert, gempa yang melanda Palu amat cetek, bermaksud pergerakan lantai lautan lebih besar. Situasi menjadi lebih buruk apabila perpecahan itu hampir dengan darat, meninggalkan masa sedikit atau jarak untuk ombak tersebar.

Faktor akhir sekali ialah bukti keadaan menunjukkan tsunami diperbesarkan dengan keadaan bawah air yang bersamaan satu kejadian tanah runtuh. Cunneen memberitahu gempa bumi yang berlaku mungkin mencetuskan satu tanah runtuh submarin berhampiran mulut teluk, atau malah dalam kawasan teluk sendiri. Ia menjelaskan bagaimana ombak begitu besar bila ia menghampiri Palu, namun lebih kecil di kawasan sekitar.




 

Berita berkaitan: Gempa Bumi Sulawesi – Korban TSUNAMI Cecah 400!!!

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply